Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SPRM tahan ADUN, ahli perniagaan disyaki terbabit rasuah isu lesen cari gali di Sabah
  • SEMASA

SPRM tahan ADUN, ahli perniagaan disyaki terbabit rasuah isu lesen cari gali di Sabah

Utusan Sarawak 2 days ago

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu bergelar “datuk” kerana disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM200,000 membabitkan isu pengeluaran lesen cari gali di Sabah.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30 dan 60-an itu ditahan kira-kira 9.45 dan 11.50 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu dan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Kedua-dua suspek terdiri daripada seorang ahli perniagaan dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar 2023 dan 2024.

“Siasatan awal mendapati mereka disyaki saling meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM200,000 antara satu sama lain bagi membantu menguruskan permohonan lesen cari gali di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata seorang daripada suspek yang merupakan ahli perniagaan telah dilepaskan dengan jaminan RM100,000 berserta dua penjamin setelah selesai memberi keterangan.

ADUN itu katanya turut dilepaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan RM50,000 berserta seorang penjamin.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Sarawak Metro rangkul anugerah antarabangsa bagi projek KUTS
Next: Pengeluaran sekali gus boleh jejas keselamatan persaraan jangka panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.