Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SPRM siasat dakwaan ketirisan dalam pemindahan gajah DAK ke Zoo Jepun
  • NASIONAL

SPRM siasat dakwaan ketirisan dalam pemindahan gajah DAK ke Zoo Jepun

Utusan Sarawak 3 hours ago
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan penyelewengan melibatkan pemindahan gajah Dara, Amoi dan Kelat (DAK) ke Jepun.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung isu pemindahan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat (DAK) dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, siasatan itu susulan dakwaan berlaku ketirisan dan penyelewengan dalam urusan berkenaan.

“Siasatan memberi tumpuan kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta ejen yang terlibat dalam urusan pemindahan tiga ekor gajah berkenaan dikenali sebagai DAK,” menurut kenyataan itu.

Menurut SPRM, siasatan turut menjurus kepada dakwaan terdapat bayaran berkaitan urusan pemindahan itu yang tidak disalurkan kepada kerajaan, selain meneliti sama ada wujud unsur rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa.

“Siasatan masih di peringkat awal dan sedang dijalankan secara menyeluruh,” menurut kenyataan itu.

Pada 18 Jun lepas, pertubuhan Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (Hidup) telah menggesa SPRM menjalankan siasatan berhubung pemindahan DAK.

Pertubuhan berkenaan turut mendakwa terdapat bayaran berkaitan urusan tersebut yang tidak disalurkan kepada kerajaan selain mengaitkan beberapa individu dengan transaksi yang dianggarkan bernilai RM53 juta.

Sehubungan dengan itu, SPRM meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan yang boleh menjejaskan proses siasatan.- Bernama

Continue Reading

Previous: AirAsia X beri bayangan lebih banyak potongan harga tambang susulan kos bahan api rendah
Next: VietJet Thailand bakal lancar penerbangan terus ke Kuala Lumpur mulai Oktober

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.