Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SPRM kesan empat individu bantu siasatan kes
  • NASIONAL

SPRM kesan empat individu bantu siasatan kes

Utusan Sarawak 2 hours ago

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat individu bagi membantu siasatan satu kes dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu.

Dalam kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan bahawa individu berkenaan ialah Asnida Abdul Daim, Md Wira Dani Abdul Daim, Muhammed Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin Daim.

Menurut SPRM, Asnida mempunyai alamat terakhir di No. 6, Lot 545, Lorong Pelangi Pagi D, Country Heights, 43000 Kajang, Selangor.

“Mereka yang mengenali atau mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohamad Da’eem Mohd Ali menerusi talian 017-9127217 atau e-mel mohamad.daeem@sprm.gov.my,” menurut kenyataan SPRM.

Sementara itu, Md Wira Dani beralamat terakhir di No. 333, Jalan Kolam Air, Taman Melawati, Ulu Klang, 53100 Kuala Lumpur dan maklumat tentang beliau boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Ahmad Aiman Ramly melalui talian 011-61930814 atau e-mel ahmad.aiman@sprm.gov.my.

SPRM memaklumkan Muhammed Amir Zainuddin pula mempunyai alamat terakhir di No. 6, Persiaran Bukit Tunku, Bukit Tunku, 60480 Kuala Lumpur.

Mereka yang mengetahui keberadaannya diminta menghubungi pegawai penyiasat Muhamad Ridhwan Mat Hussain 019-9895174 atau e-mel ridhwan.hussain@sprm.gov.my.

Orang ramai yang mempunyai butiran tentang Muhammed Amin Zainuddin yang beralamat sama dengan Muhammed Amir, boleh menghubungi pegawai penyiasat Hardiansyah Ismail 013-5639147 atau e-mel hardiansyah@sprm.gov.my.

“SPRM meminta kerjasama masyarakat untuk membantu melancarkan proses siasatan,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Agong gering susulan sakit libatkan otot, tulang
Next: PM Anwar mahu Ramadan jadi momentum angkat martabat rakyat terpinggir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.