Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SPRM, IACA meterai  LoI teroka peluang baharu cegah rasuah
  • SEMASA

SPRM, IACA meterai  LoI teroka peluang baharu cegah rasuah

Utusan Sarawak 24 hours ago
KETUA Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki

KUALA LUMPUR:  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memeterai surat hasrat (LoI) dengan Akademi Antirasuah Antarabangsa (IACA) bagi meneroka peluang baharu dalam bidang pencegahan rasuah di peringkat antarabangsa.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan majlis menandatangani LoI antara SPRM yang diwakili Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki dan IACA diwakili Dekannya Profesor Slagjana Tasevayang, diadakan di sini semalam.

Pada majlis itu, Azam berkata menerusi kerjasama berkenaan, SPRM dan IACA dapat berganding bahu menggunakan kepakaran masing-masing khususnya dalam pembangunan kapasiti dan keupayaan bagi mencegah gejala rasuah.

Beliau berkata SPRM yakin bahawa LoI itu akan dapat membuka peluang baharu kepada pegawai SPRM dan rakan serantau untuk mendapat manfaat daripada kepakaran global, sumber akademik serta rangkaian tenaga profesional IACA.

Azam berkata hubungan kerjasama antarabangsa dalam bidang pencegahan rasuah bukan lagi bersifat pilihan namun ia perlu dilihat sebagai perkara yang penting. 

“Revolusi perkembangan teknologi dunia dari semasa ke semasa turut membawa kepada perubahan baharu dengan wujudnya cabaran rasuah transnasional, jenayah kewangan yang semakin kompleks dan ancaman digital yang semakin canggih. 

“Disebabkan perkembangan yang semakin kompleks, tiada sebarang agensi atau negara mampu berdiri dengan sendiri,” katanya. 

Turut hadir pada majlis itu Penasihat IACA Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Pengarah Kanan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) SPRM Datuk Mohd Hafaz Nazar dan Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan (BDPP) SPRM Rasidah Abdul Karim. – Bernama

Continue Reading

Previous: Penduduk kecewa pokok dabai bersejarah Song ditebang
Next: Lebih 82,000 petugas kesihatan dikecualikan bekerja syif 45 jam seminggu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.