Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SPRM beku beberapa akaun bank Padini, anak syarikat susulan siasatan
  • NASIONAL

SPRM beku beberapa akaun bank Padini, anak syarikat susulan siasatan

Utusan Sarawak 4 hours ago
SPRM beku beberapa akaun bank Padini, anak syarikat susulan siasatan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank Padini Holdings Bhd (Padini) dan anak syarikatnya yang berkaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan.  

Menurut peruncit pakaian itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, akaun tersebut telah dibekukan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

“Syarikat ini sedang membantu dalam siasatan yang sedang dijalankan, dan akaun yang terjejas tidak digunakan secara aktif untuk operasi harian kumpulan itu,” kata Padini.

Kumpulan itu juga mempunyai akses kepada kemudahan perbankan lain bagi menyokong operasi harian perniagaannya yang berterusan. 

“Berdasarkan maklumat yang ada pada masa ini, lembaga pengarah berpendapat bahawa pembekuan akaun-akaun tersebut dijangka tidak akan memberi impak kewangan dan operasi secara material kepada kumpulan itu,” katanya. 

Menurut Padini, syarikat itu sedang mengambil langkah yang perlu untuk berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan dan akan memberikan kerjasama penuh untuk membantu siasatan. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Dakwaan simpan duit songlap di Afrika fitnah, sila kemuka bukti – PM
Next: UMW Aerospace serah selongsong kipas belakang pertama 100 peratus buatan Malaysia kepada Rolls-Royce

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.