Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SPRM anjur mesyuarat ASEAN PAC ke-21 bermula 28 Oktober
  • NASIONAL

SPRM anjur mesyuarat ASEAN PAC ke-21 bermula 28 Oktober

Utusan Sarawak 1 day ago
KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki ketika Sesi Wawancara bersama pengamal media sempena Ulang Tahun SPRM Ke-58 di pejabatnya semalam. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menganjurkan Mesyuarat ASEAN Parties Against Corruption (ASEAN PAC) ke-21 bermula 28 hingga 30 Oktober ini di Kuala Lumpur. Azam berkata mesyuarat dengan tema Perpaduan ASEAN: Perkongsian Awam-Swasta untuk Membanteras Rasuah itu akan disertai 10 negara ASEAN dan organisasi-organisasi antarabangsa, selain Timor-Leste yang menjadi negara pemerhati. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menganjurkan Mesyuarat ASEAN Parties Against Corruption (ASEAN PAC) ke-21 di Petaling Jaya, Selangor dari 28 hingga 30 Oktober ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata mesyuarat bertemakan ‘Perpaduan ASEAN: Perkongsian Awam-Swasta untuk Membanteras Rasuah’ itu akan disertai 10 negara ASEAN bersama beberapa organisasi antarabangsa, selain Timor-Leste yang hadir sebagai pemerhati.

“Objektif ASEAN PAC kali ini adalah untuk mengukuhkan kerjasama serantau melalui perkongsian pintar antara sektor awam dan swasta dalam memerangi rasuah.

“Ia juga memberi peluang kepada SPRM untuk berkongsi inisiatif antirasuah yang telah dijalankan, selain mendapatkan pandangan negara lain mengenai usaha mereka,” katanya dalam temu bual khas di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, semalam.

Menurut Azam, mesyuarat itu juga akan membantu meningkatkan penilaian Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) kerana usaha yang dijalankan memberi manfaat bukan sahaja di peringkat nasional, malah di seluruh rantau.

Sementara itu, Azam berkata SPRM akan melancarkan program antirasuah peringkat nasional, Keep Malaysia Clean (KMC), sempena sambutan ulang tahunnya pada 1 Oktober ini, yang dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata KMC dianjurkan dengan kerjasama Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), selain mendapat sokongan strategik daripada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek hasil sesi libat urus yang telah diadakan.

“KMC akan dilaksanakan selama 15 bulan sebagai pelan tindakan untuk memperkenalkan pendekatan baharu dalam menerapkan nilai bersih, tanggungjawab sivik dan integriti di semua sektor, termasuk kerajaan, swasta, pelajar dan komuniti.

“Program ini akan menggunakan strategi lebih jelas dengan memberi tumpuan kepada kumpulan sasar yang telah dikenal pasti,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Anwar terima kunjungan hormat TPM Luxembourg, Xavier Bettel
Next: Pesakit kurang mampu terima bantuan dialisis lebih RM1,600 sebulan – Lukanisman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.