SPR belum tetap tarikh pamer cadangan persempadanan semula kawasan di Sarawak

Facebook
WhatsApp
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR)

KUCHING: Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum lagi memetapkan tarikh sebenar untuk mempamerkan cadangan peta persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijangka meningkatkan jumlah kerusi daripada 82 kepada 99.

Beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dihubungi Utusan Sarawak hari ini mengesahkan menerima permohonan daripada SPR untuk menggunakan ruang di pejabat majlis perbandaran dan pejabat daerah bagi tujuan bagi mempamerkan peta cadangan itu, tetapi tiada tarikh diberi.

“Ya kami ada menerima permohonan itu daripada SPR melalui surat bertarikh 25 Jun lalu. Kami masih menunggu tarikh bagi tujuan itu,” katanya.

Menerusi surat bertarikh 25 Jun 2026 yang dilihat oleh Utusan Sarawak, SPR memaklumkan bahawa Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak dalam

perancangan membekalkan dan menempatkan papan pameran di Pejabat Majlis Perbandaran, Majlis Daerah dan Pejabat Daerah di 31 Bahagian Pilihan Raya.

Tujuan penempatan papan pameran rang dan pelan warta tersebut adalah

untuk paparan secara fizikal rang dan pelan warta syor bahagian pilihan raya bagi urusan Kajian Semula Persempadanan Negeri Sarawak Kali Ke-7 mengikut tempoh yang akan ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya nanti.

Surat itu turut disertakan lampiran yang mengandungi cadangan kerusi baharu serta nama baharu bagi beberapa kawasan pilihan raya.

Antara kerusi DUN baharu yang dicadangkan ialah Serayan, Jagoi dan Singai di bawah Parlimen Mas Gading; Pasir Pandak (Santubong); Matang dan Semarak (Petra Jaya); Maong (Stampin); Tabuan Jaya (Bandar Kuching); Samarindah (Kota Samarahan); Sungai Serin dan Bung Sadong (Puncak Borneo); Muara Lassa (Tanjung Manis); Tanah Mas (Lanang); Sungai Merah, Bukit Kemuyang dan Rasau (Sibu); Melekun (Kapit);

Jepak Jaya dan Batu Niah (Bintulu); Bukit Beraya (Sibuti); Permaisuri, Tudan dan Lopeng (Miri); Usun Apau (Baram); Gunung Murud (Lawas); serta Matu dan Igan di bawah Parlimen Batang Lassa yang dicadangkan sebagai nama baharu bagi Parlimen Igan.

Berdasarkan senarai itu, sekurang-kurangnya 10 kerusi DUN sedia ada serta satu kerusi Parlimen dicadangkan ditukar nama.

Kerusi DUN yang dicadangkan diberi nama baharu ialah Opar kepada Serayan, Tasik Biru kepada Singai, Tarat kepada Bung Sadong, Semop kepada Muara Lassa, Jemoreng kepada Matu, Bawang Assan kepada Rasau, Jepak kepada Jepak Jaya, Lambir kepada Tudan, Senadin kepada Lopeng dan Ba’Kelalan kepada Gunung Murud.

Sementara itu, Parlimen Igan pula dicadangkan dinamakan semula sebagai Batang Lassa dengan dua kerusi DUN di bawahnya iaitu Igan dan Matu.

Keluasan Selangau tuntut DUN baharu

SIBU: Cadangan mewujudkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu Bukit Arip di bawah Parlimen Selangau wajar diberi perhatian serius dalam