Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • SPM 2025: Pencapaian calon berkeperluan khas meningkat, KPM perluas akses pendidikan inklusif
  • PENDIDIKAN

SPM 2025: Pencapaian calon berkeperluan khas meningkat, KPM perluas akses pendidikan inklusif

Utusan Sarawak 6 hours ago
KETUA Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd Azam Ahmad pada sidang media pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 hari ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Pencapaian calon berkeperluan khas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 menunjukkan perkembangan positif, khususnya melibatkan murid di bawah inisiatif pendidikan inklusif Kementerian Pendidikan (KPM).

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata kejayaan itu mencerminkan komitmen berterusan dan keberkesanan intervensi khusus KPM dalam memastikan akses pendidikan berkualiti kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Pada SPM 2025, terdapat 10 calon SBJK (Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih) dengan pencapaian 100 peratus layak memperoleh sijil SPM, berbanding hanya dua yang layak memperoleh sijil pada 2024,” katanya pada sidang media pengumuman keputusan SPM 2025 di sini hari ini.

Bagi calon Sekolah Integriti dan Henry Gurney, beliau berkata sebanyak 99 calon menduduki SPM 2025 berbanding 94 pada tahun sebelumnya, dengan seorang berjaya memperoleh semua A manakala 24 calon mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dan 63 calon lulus.

Mohd Azam berkata pencapaian calon Orang Asli di bawah Program Sekolah Model Khas Komprehensif 11 turut menyaksikan peningkatan dari segi penyertaan dan kelayakan sijil.

Beliau berkata sebanyak 2,128 calon menduduki SPM 2025 berbanding 1,932 pada tahun sebelumnya, dengan 1,769 calon layak memperoleh sijil berbanding 1,527 pada 2024, selain lima calon memperoleh semua A, 133 mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dan 609 pula mendapat sekurang-kurangnya gred lulus.

Bagi Sekolah Tunas Bakti, Mohd Azam berkata 44 calon menduduki SPM 2025 berbanding 21 calon pada 2024, dengan hanya seorang memperoleh sekurang-kurang gred kepujian dan lapan memperoleh sekurang-kurangnya gred lulus.

Mohd Azam berkata KPM akan terus memperkasakan usaha bersepadu dengan pihak berkepentingan bagi memastikan tiada murid tercicir daripada sistem pendidikan negara selaras dengan aspirasi pendidikan inklusif KPM.

Pada sidang media itu, Mohd Azam juga merakamkan penghargaan kepada semua warga pendidik atas pengorbanan dan komitmen tinggi mereka membimbing pelajar sehingga berjaya memperoleh kejayaan dalam SPM. 

“Calon SPM 2025 melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang panjang bermula prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Tempoh itu penuh dengan cabaran, namun usaha guru yang melaksanakan pelbagai intervensi berjaya membangunkan potensi murid,” katanya.

Mohd Azam berkata kejayaan itu turut didorong sokongan pelbagai pihak termasuk Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, ibu bapa, komuniti serta agensi kerajaan dan swasta.

“Kerjasama bersepadu ini ramuan penting menjayakan pelbagai inisiatif pendidikan serta merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar melalui penyediaan infrastruktur, penempatan guru berkualiti dan pelaksanaan intervensi secara menyeluruh,” katanya. 

Mohd Azam turut mengucapkan tahniah kepada semua calon SPM 2025 dan menyifatkan mereka sebagai insan terdidik yang mempunyai peluang luas untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.

Pengumuman keputusan SPM 2025 menyaksikan nilai Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.42 berbanding 4.49 pada SPM 2024, dengan 366,435 calon layak mendapat sijil SPM berbanding 355,933 pada tahun sebelumnya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Lepasan SPM 2025 disaran rebut peluang kemasukan PISMP IPG-Wong
Next: Cuaca panas: Langkah susulan libatkan sesi persekolahan diteliti secara bersepadu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.