Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • SPM 2024: 6,246 calon tidak hadir peperiksaan, lebih separuh beri alasan bekerja
  • PENDIDIKAN

SPM 2024: 6,246 calon tidak hadir peperiksaan, lebih separuh beri alasan bekerja

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KETUA Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Azman Adnan (tengah) menunjukkan buku Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 pada sidang media pengumuman keputusan SPM 2024 di Kementerian Pendidikan hari ini. Turut sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Datuk Ahmad Suhaimi Endut (kiri) dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) Zainal Abas. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Sebanyak 57.8 peratus daripada 6,246 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2024 yang tidak hadir menduduki peperiksaan menjadikan alasan bekerja sebagai sebab utama.

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan berkata antara punca mereka bekerja termasuk tuntutan ekonomi keluarga, tarikan gaya hidup dan lain-lain.

Beliau berkata berdasarkan penelitian Kementerian Pendidikan (KPM), faktor lain yang menjadi punca calon tidak hadir ialah masalah berkaitan keluarga yang merangkumi 35.5 peratus, masalah kesihatan 4.7 peratus dan selebihnya faktor-faktor lain.

“Berbanding 8,676 calon tidak hadir perperiksaan pada 2023, angka (6,246) tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 2,430 calon yang menunjukkan keberkesanan pelbagai inisiatif dan intervensi yang dilaksanakan oleh KPM,” katanya dalam sidang media pengumuman keputusan SPM 2024 di sini hari ini.

Azman berkata pihaknya akan terus komited menjalankan intervensi bagi memastikan kehadiran calon selepas ini mencapai 100 peratus.

“Kalau lihat trend tiga tahun terakhir ini, kita nampak penurunan yang sangat signifikan kepada bilangan calon-calon yang tidak hadir menduduki peperiksaan SPM. Ini adalah petanda baik dan kita akan terus lipat gandakan usaha untuk pastikan ia dapat disifarkan,” katanya.

Azman berkata calon yang bekerja pada waktu malam juga didapati menyumbang kepada jumlah calon gagal dalam semua mata pelajaran yang meningkat kepada 1,789 pada 2024 berbanding 1,467 pada 2023.

“Calon tidak memberikan fokus kepada proses pembelajaran (kerana) sebahagian besar mereka ini bekerja pada waktu malam, terutama calon-calon yang berada di kawasan bandar,” katanya.

Sementara itu, Azman berkata masalah literasi dan numerasi yang tidak ditangani lebih awal dan kekurangan sokongan daripada persekitaran pembelajaran di rumah turut menyumbang kepada peningkatan jumlah calon yang gagal dalam semua mata pelajaran.

“KPM sedang menilai pendekatan untuk kumpulan ini bagi SPM 2025, termasuk memperkukuh program kebolehan berkaitan keupayaan anak-anak kita untuk menganalisis dan memperluas inisiatif sokongan akademik yang bersasar, serta mengaktifkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan dan agensi komuniti.

“Intervensi lanjutan ini penting untuk mengelakkan keciciran akademik berulang dalam kalangan murid yang memerlukan bantuan khas. Jadi daripada kesempatan ini kita akan berikan fokus untuk SPM 2025 supaya kita dapat bersedia dari awal,” katanya. – Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Dari Limbang ke Vietnam: SMK Medamit buktikan keupayaan pelajar luar bandar
Next: SPM 2024: KPM akan teliti prestasi setiap mata pelajaran, cari ruang penambahbaikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.