Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SPM 2022: Calon tak layak dapat sijil boleh ambil semula peperiksaan subjek gagal
  • NASIONAL

SPM 2022: Calon tak layak dapat sijil boleh ambil semula peperiksaan subjek gagal

Utusan Sarawak 2 years ago
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (kiri) menanyakan sesuatu kepada Najwa Zulkifli semasa membuat lawatan ke Kelas Tingkatan 1 K9 Arus Perdana dan Program pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sempena perasmian Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru sebagai Sekolah Komprehensif 9 (K9) di Kampung Pulau Beluru, Palekbang malam tadi. FotoBERNAMA

TUMPAT: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meminta calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang tidak layak mendapat sijil supaya mengambil semula peperiksaan bagi subjek yang gagal untuk memperbaiki keputusan mereka.

Beliau berkata, calon yang gagal mendapat sijil tidak perlu bimbang kerana boleh mengambil semula peperiksaan pada bila-bila masa.

“Jangan bimbang kalau tak layak, boleh ambil SPM ulangan pada bila-bila masa. Jadi jangan nak noktahkan kegagalan di situ dan yang tidak layak dibesar-besarkan. 

“SPM ini ada ulangan dan mereka boleh ambil untuk baiki sijil mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masa depan calon yang tidak layak mendapat sijil SPM 2022 yang diumumkan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata secara keseluruhan keputusan SPM 2022 merekodkan peningkatan apabila jumlah layak dapat sijil meningkat kepada 91.6 peratus.

“Peratus layak dapat sijil itu adalah yang terbaik dan buat julung kalinya melebihi 90 peratus. Cuma 8.4 peratus yang tak layak dapat sijil,” katanya.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti laporan penuh dan akan berkongsi angka sebenar ketidakhadiran pelajar ketika peperiksaan SPM 2022.

“Sedang diperincikan sebab ramai nak tahu kenapa mereka tak hadir.

“Sebab setiap negeri tak sama alasan. Kita nak pergi lebih terperinci lagi tentang ini mengikut isu-isu di setiap negeri,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Dewan Rakyat lulus lima usul Kementerian Kewangan
Next: Tarikh pendaftaran peperiksaan SPM 2023 untuk calon persendirian dilanjutkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.