Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Speedy Tigers akhiri kempen Piala Asia 2025 di tempat ketiga
  • SUKAN

Speedy Tigers akhiri kempen Piala Asia 2025 di tempat ketiga

Utusan Sarawak 3 days ago
FOTO Facebook Konfederasi Hoki Malaysia.

KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki negara menamatkan kempen Piala Asia 2025 di tempat ketiga selepas menumpaskan China 4-1 pada aksi penentuan tempat ketiga hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Universiti Bihar, India, skuad kendalian Sarjit Singh bermula cemerlang apabila mendahului seawal minit kelapan menerusi gol pukulan sudut penalti Norsyafiq Sumantri.

Malaysia menampilkan aksi yang lebih baik pada babak kedua apabila Mohamad Akhimullah Anuar Esook menjaringkan dua gol padang pada minit ke-36 dan 50.

Speedy Tigers menoktahkan kemenangan bergaya 4-1 selepas Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan menjaringkan gol keempat menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-59.

China bagaimanapun berjaya memperoleh gol sagu hati menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Gao Jiesheng pada minit ke-54.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Puteri Bunian Walinong Sari dinobat Raja Sungai Pesta Bederun Balingian 2025
Next: Eksklusif: Tiada penaja, hanya semangat, Brandon Baki juara Mr Sarawak 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.