Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Soutul Fitrah muncul johan Pertandingan Nasyid Gema Nurani RISDA 2026, harumkan nama Sarawak
  • NASIONAL

Soutul Fitrah muncul johan Pertandingan Nasyid Gema Nurani RISDA 2026, harumkan nama Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENGARAH RISDA Negeri Sarawak, Shaharuddin Saberi (tengah) turut hadir memberikan sokongan kepada Kumpulan Nasyid Soutul Fitrah yang mewakili RISDA Negeri Sarawak. Foto: RISDA Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR: Kumpulan Nasyid Soutul Fitrah yang mewakili RISDA Negeri Sarawak muncul johan Pertandingan Nasyid Gema Nurani RISDA 2026 yang berlangsung di Ibu Pejabat RISDA, Kuala Lumpur, hari ini.

Kumpulan tersebut mempertaruhkan lagu berjudul Insan Sejati dan berjaya menambat hati para juri menerusi persembahan mantap serta susunan vokal yang padu dan harmoni.

Dengan kemenangan itu, Soutul Fitrah membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta piala kemenangan, sekali gus mengharumkan nama Sarawak di pentas nasional.

KUMPULAN Nasyid Soutul Fitrah yang mewakili RISDA Negeri Sarawak muncul johan Pertandingan Nasyid Gema Nurani RISDA 2026 yang berlangsung di Ibu Pejabat RISDA, Kuala Lumpur, hari ini. Foto: RISDA Negeri Sarawak

Naib johan pula dimenangi Kumpulan Nasyid dari Kedah yang membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan piala, manakala tempat ketiga disandang Kumpulan Nasyid dari Ibu Pejabat RISDA dengan hadiah wang tunai RM1,000.

Anugerah Persembahan Terbaik menjadi milik Kumpulan Nasyid dari Kedah yang menerima wang tunai RM500, sementara Anugerah Gubahan Lagu Terbaik diraih Kumpulan RISDA Holdings (KRH) dengan hadiah wang tunai RM500.

Sebanyak 15 kumpulan nasyid mewakili pejabat RISDA seluruh negeri mengambil bahagian dalam pertandingan berprestij itu yang menjadi acara tahunan warga agensi berkenaan.

Pertandingan tersebut bukan sahaja mengetengahkan bakat seni dalam kalangan kakitangan, malah menjadi platform memperkukuh ukhuwah serta semangat kebersamaan dalam organisasi.

Dalam satu kenyataan, RISDA Negeri Sarawak menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti komitmen dan kesungguhan warganya dalam menyemarakkan budaya kerja berprestasi tinggi selari dengan aspirasi ‘Budaya Berprestasi Tinggi’.

Menurut kenyataan itu lagi, kemenangan tersebut diharap menjadi pemangkin semangat untuk terus mengangkat nilai ukhuwah, harmoni dan kecemerlangan dalam setiap amanah yang dipikul demi memperkasakan institusi dan masyarakat pekebun kecil di seluruh negara.

Oleh Adi Safarman

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Malaysia Airlines terbang semula ke Jeddah, Madinah pada 4 hingga 8 Mac, Doha masih digantung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.