KUCHING: Mengenepikan Persatuan Pemilik-Pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak (SOPPOA) daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) untuk tempoh 2020-2022 tidak akan membawa faedah kepada ladang di Sarawak atau Malaysia.
SOPPOA dalam satu kenyataan berkata, pihaknya masih rakan kongsi kuat kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) dan agensi berkaitan serta menjadi persatuan perkebunan kelapa sawit utama di Sarawak.
“Selain itu, minyak sawit adalah salah satu penyumbang utama pendapatan kerajaan, sehingga mencecah ratusan juta ringgit setahun walaupun semasa wabak Covid-19.
“Sehubungan itu SOPPOA sangat terkilan dengan pengenepian yang tidak masuk akal ini, dan mungkin ada keperluan agar perbezaan ini dibawa kepada Perdana Menteri selain kita mencadangkan kepada Kerajaan Sarawak untuk membentuk Lembaga Sarawak sendiri.
“Lembaga ini akan mempunyai peranan dan fungsi sokongan yang serupa dan menggunakan sumber kewangan Kementerian Kewangan yang dikumpulkan dari duti, cukai, pemberian cukai dan pungutan yang disumbangkan oleh industri minyak sawit Sarawak jika tidak ada perkembangan selanjutnya dibuat berkaitan dengan pelantikan wakil ke Lembaga MPOB dan MPOC,” kata kenyataan tersebut, semalam.
Tegas kenyataan itu, ladang kelapa sawit dan petani di Sarawak merangkumi hampir 30 peratus daripada jumlah keseluruhan tanah yang ditanam kelapa sawit di Malaysia atau lebih daripada 58 peratus jika digabungkan dengan Sabah.
“Dan tiada wakil SOPPOA dalam lembaga tersebut akan menjadikan MPOB dan MPOC kelihatan penuh dengan anggota tetapi pada hakikatnya ia tidak diwakili sepenuhnya serta kekurangan korum berkepentingan kehakiman untuk membuat keputusan penting dalam ekonomi dan pendapatan bagi ekonomi kedua terbesar di negara.
“Pekebun Semenanjung Malaysia hanya menyumbang kurang dari 50 peratus ladang dan perkilangan tetapi dilantik di semua kerusi lembaga itu bersama dengan beberapa individu yang jelas menghilangkan faktor perladangan Malaysia Timur yang cukup besar.
“Juga diketahui secara luas bahawa kelapa sawit di Sarawak mempunyai prestasi yang berbeza daripada negeri lain kerana hasilnya rendah, rendah OER, perosak dan penyakit, pemakanan, tanah gambut, bahan penanaman, kasar daratan, hujan lebat dan masalah logistic,” jelasnya.
Tegas SOPPOA, suara dari Sarawak akan relevan dan tepat pada masanya untuk menangani isu-isu penting yang mempengaruhi pertumbuhan dan kelestarian industri di Sarawak.
“SOPPOA masih menunggu untuk diperuntukkan kerusi di Majlis MPOB dan MPOC yang sebelumnya telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2012-2018, sebagai dewan inklusif,” tambahnya.