
KUALA LUMPUR, 5 Dis-- Anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia ketika bertugas melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR) pada tinjauan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Tol Gombak hari ini. Kerajaan hari ini mengumumkan beberapa perubahan pada SOP ketika PKPB dan PKPP. Salah satunya adalah perubahan pada pelaksanaan halangan untuk rentas negeri atau daerah. Bermula 7 Disember 2020 ini, tiada lagi sekatan jalan raya yang akan diadakan oleh pihak polis di kawasan PKPB dan PKPP. Selari dengannya, orang ramai boleh bergerak merentas negeri atau daerah bermula 7 Disember 2020 ini – kecuali di kawasan PKPD. Ini sekaligus membolehkan orang ramai untuk bergerak tanpa keperluan untuk mempunyai surat kebenaran Polis. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan dilaksanakan semalam.
Pelaksanaan PKPB merangkumi seluruh Sarawak kecuali bagi Daerah Sibu yang akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut JPBNS, pergerakan rentas zon adalah tidak dibenarkan kecuali bagi Perkhidmatan Perlu dan perlu mendapatkan surat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pergerakan kenderaan persendirian, jabatan kerajaan atau syarikat swasta bagi tujuan pergi dan balik dari tempat kerja atau menjalankan urusan rasmi kerajaan adalah bergantung kepada kapasiti tempat duduk kenderaan tersebut.
Oleh ASYRAF HALIM