Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Soon Kit harap dua beregu lelaki negara mara ke final Kejohanan Dunia
  • SUKAN

Soon Kit harap dua beregu lelaki negara mara ke final Kejohanan Dunia

Utusan Sarawak 10 hours ago

KUALA LUMPUR:  Legenda badminton negara Datuk Cheah Soon Kit berharap dapat menyaksikan pertemuan dua beregu lelaki negara pada perlawanan akhir Kejohanan Dunia 2025 di Paris, bulan depan. 

Beliau percaya pasangan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan juara dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik mampu untuk mara ke final, kerana mereka kini berada pada kedudukan dua teratas dalam ranking dunia. 

“Harapnya dua beregu dapat ke final dan sudah tentu emas serta perak menjadi milik Malaysia,” katanya semasa ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Pelancaran Filem Sentuhan Wira di sini semalam. 

Bekas jurulatih beregu lelaki kebangsaan itu juga gembira dengan kemajuan yang dicapai dua beregu lelaki negara berkenaan, dengan Sze Fei-Nur Izzuddin dan Aaron-Wooi Yik masing-masing naik ke kedudukan nombor satu dan dua dunia.

Namun, Soon Kit menegaskan bahawa kerja keras berterusan diperlukan untuk kekal berada di puncak, kerana pihak lawan akan mengkaji corak permainan mereka dengan teliti. 

Soon Kit berkata beregu Malaysia juga perlu proaktif dalam menganalisis prestasi sendiri dan melakukan penambahbaikan untuk terus berada di hadapan. 

Dalam pada itu, Soon Kit agak optimis apabila ditanya tentang potensi Malaysia untuk memiliki dua beregu lelaki pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles. 

Beliau berkata mengekalkan kecergasan, komitmen dan disiplin termasuk mendapatkan rehat mencukupi, latihan dan mengelak kecederaan, amat penting untuk mengekalkan prestasi tahap tinggi, terutamanya apabila semakin dipengaruhi faktor usia. 

Kali terakhir Malaysia mempunyai dua beregu lelaki mewakili negara pada Sukan Olimpik adalah di Beijing 2008 menerusi Koo Kien Keat–Tan Boon Heong dan Choong Tan Fook–Lee Wan Wah.

Sementara itu, Sentuhan Wira menyingkap kembali detik bersejarah Malaysia menjulang Piala Thomas pada 1992, merupakan cetusan idea Soon Kit dan seorang lagi legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek. 

Sebagai penasihat produksi, mereka terlibat secara langsung dalam pembangunan skrip dan penyelidikan teknikal perlawanan bagi memastikan sejarah kejayaan Malaysia pada saingan Piala Thomas 1992 digambarkan dengan tepat dan menyentuh hati penonton. 

Filem terbitan Lenny Ooi itu dijadualkan memulakan penggambaran pada November ini dan ditayangkan di pawangam tahun depan. — Bernama

Continue Reading

Previous: Chelsea sambar penyerang Brazil, Joao Pedro dengan nilai RM347 juta
Next: Bintang Liverpool, Diogo Jota maut kemalangan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.