Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Sony Pictures tayang pratontonfilem “Spider-Man: Brand New Day” di CinemaCon
  • HIBURAN

Sony Pictures tayang pratontonfilem “Spider-Man: Brand New Day” di CinemaCon

Utusan Sarawak 4 hours ago
SPIDER-MAN: Beyond the Spider-Verse akan ditayangkan di pawagam pada Jun 2027. Foto: AFP

LAS VEGAS: Sony Pictures Entertainment memulakan CinemaCon semalam dengan menayangkan pratonton filem Spider-Man: Brand New Day serta siri terbaharu Jumanji.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tom Rothman, memperkenalkan dua poster filem Spider-Man terbaharu yang dibintangi Tom Holland dan Zendaya, yang dijadualkan ditayangkan di pawagam Amerika Syarikat pada 31 Julai 2026.

Filem itu menyusul empat tahun selepas Spider-Man: No Way Home muncul sebagai filem dengan kutipan tertinggi studio berkenaan, dengan anggaran kutipan global sekitar AS$1.9 bilion.

Jangkaan terhadap filem itu tinggi apabila trelernya meraih jutaan tontonan sejak dilancarkan bulan lalu.

Filem arahan Destin Daniel Cretton itu turut dibintangi Mark Ruffalo, Jon Bernthal dan Sadie Sink.

Sony Pictures Entertainment turut menayangkan pratonton awal Spider-Man: Beyond the Spider-Verse, filem animasi yang bakal ditayangkan pada Jun 2027.

Pembentangan itu diakhiri dengan tayangan klip daripada filem ketiga Jumanji.

SONY Pictures Entertainment memperkenalkan filem terbaharu dalam siri terbaharu Jumanji di CinemaCon. Foto: AFP

Dwayne Johnson, Jack Black dan Kevin Hart berkata Jumanji: Open World, yang dijadualkan ditayangkan pada Disember ini, akan menampilkan penghormatan kepada mendiang pelakon Robin Williams, bintang filem pertama francais itu.

Pembentangan Sony Pictures Entertainment menandakan permulaan CinemaCon tahun ini, yang memberi tumpuan kepada keyakinan susulan prestasi kukuh kutipan pawagam.

Rothman berkata, walaupun terdapat perkembangan positif, jualan tiket masih belum kembali ke tahap sebelum pandemik.

“Kita semua mempunyai tugas mendesak. Bagi pihak kami, ini bermakna menghasilkan pelbagai filem berkualiti untuk semua lapisan penonton,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa harga tiket kekal menjadi cabaran utama.

“Menonton filem di pawagam perlu kembali berpatutan,” katanya.

CinemaCon juga menjadi platform untuk menilai usaha mengekalkan momentum industri dalam tahun yang dijangka menyaksikan perubahan besar, termasuk kemungkinan pengambilalihan Warner Bros. Discovery oleh Paramount Skydance.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinema United, Michael O’Leary, berkata penggabungan studio boleh memberi kesan kepada industri.

“Apabila berlaku penggabungan studio, jumlah filem yang dihasilkan berkurangan dan harga meningkat, yang tidak baik untuk pawagam,” katanya.

CinemaCon yang berlangsung dari 13 hingga 16 April itu akan menampilkan pembentangan daripada Warner Bros., Universal Pictures, Paramount Pictures, Neon, Walt Disney Studios dan Amazon MGM Studios.

Acara itu juga dijangka dihadiri barisan pelakon termasuk Zendaya, Matt Damon, Timothee Chalamet, Tom Cruise dan Christopher Nolan.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Oasis, Phil Collins dan Luther Vandross antara penerima Induksi Rock Hall

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.