Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Songkok lipat dapat sambutan di Singapura, Brunei
  • NASIONAL

Songkok lipat dapat sambutan di Singapura, Brunei

Utusan Sarawak 2 years ago
Pemilik perniagaan songkok Masood Hussin atau lebih dikenali ‘Songkok Muar’, Nurdalila Abd Ghanii (kiri) bersama suaminya, Zahedy Zakariah menunjukkan cara menjahit songkok lipat yang kini menjadi kegilaan anak muda kerana ianya mudah dibawa. Bagaimanapun menurut Nurdalila, songkok lipat tidak boleh dipakai untuk majlis rasmi kerana dianggap kurang sesuai. Nurdalila yang menyambung legasi pembuatan songkok daripada datuknya, Allahyarham Masood Hussin berkata, dia mendapat idea dan inovasi untuk menghasilkan songkok tersebut bersama suaminya apabila sering mendapat rungutan daripada pelanggan berkaitan kesukaran untuk menyimpan songkok. FotoBERNAMA

MUAR: Jika disebut ‘songkok lipat’, pasti terbayang pelengkap pakaian tradisi baju Melayu yang popular sekitar 1960 hingga 1970an, yang menjadi pilihan pemakai untuk dipadankan dengan baju Melayu ketika itu.

Namun, songkok lipat kembali menjadi kegilaan terutama dalam kalangan anak muda sejak dua tahun kebelakangan ini, menurut pemilik perniagaan songkok Masood Hussin atau lebih dikenali ‘Songkok Muar’, Nurdalila Abd Ghani.

“Songkok lipat yang dibuat khas oleh kami mudah dibawa dan disimpan serta semakin mendapat perhatian ramai. Sehingga kini, kami telah menerima tempahan melebihi 2,000 buah,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Bagaimanapun menurut Nurdalila, songkok lipat tidak boleh dipakai untuk majlis rasmi kerana dianggap kurang sesuai.

Nurdalila yang menyambung legasi pembuatan songkok daripada datuknya, Allahyarham Masood Hussin berkata, dia mendapat idea dan inovasi untuk menghasilkan songkok tersebut bersama suaminya Zahedy Zakariah, 45, apabila sering mendapat rungutan daripada pelanggan berkaitan kesukaran untuk menyimpan songkok.

Pemilik perniagaan songkok Masood Hussin atau lebih dikenali ‘Songkok Muar’, Nurdalila Abd Ghanii (kanan) bersama suaminya, Zahedy Zakariah menunjukkan songkok lipat yang kini menjadi kegilaan anak muda kerana ianya mudah dibawa. Bagaimanapun menurut Nurdalila, songkok lipat tidak boleh dipakai untuk majlis rasmi kerana dianggap kurang sesuai. Nurdalila yang menyambung legasi pembuatan songkok daripada datuknya, Allahyarham Masood Hussin berkata, dia mendapat idea dan inovasi untuk menghasilkan songkok tersebut bersama suaminya apabila sering mendapat rungutan daripada pelanggan berkaitan kesukaran untuk menyimpan songkok. FotoBERNAMA

Katanya, pada mulanya mereka berdua hanya ‘cuba-cuba’ sahaja membuat songkok lipat tersebut dengan menggunakan material sama dengan songkok biasa, sama ada songkok mahkota, songkok rata serta songkok daeng dan tidak menyangka ia mendapat sambutan tinggi.

Antara pelanggan terawal menempah songkok lipat di sini ialah bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Tambah Nurdalila, dia menjaga kualiti songkok dihasilkannya dengan memilih bahan-bahan terbaik termasuk kain baldu diimport agar songkok yang terhasil mampu bertahan agak lama.

Semenjak songkok lipat kembali popular, Nurdalila berkata, tempahan semakin menggalakkan sehingga mendapat permintaan dari Singapura dan Brunei.

Antara songkok lipat yang mendapat sambutan adalah daripada baldu hitam dan biru laut, namun bagi pelanggan di Johor mereka lebih menggemari warna royal blue.

“Selain mahu meneruskan legasi pembuatan songkok secara turun-temurun, minat dalam seni pembuatan songkok membuatkan saya terus berada dalam industri ini, walaupun pada mulanya ramai tidak menyangka saya (seorang wanita) membuat songkok,” katanya yang turut mengajar suami dan anak sulung, Itfan Raziq, 16, supaya ilmu berkenaan tidak hilang.

Berhubung cabaran dalam perniagaan, Nurdalila mengakui penularan wabak Covid-19 merupakan masa paling terjejas, dengan jualan songkok ketika itu hanya sekitar 10,000 sahaja berbanding kebiasaan 30,000 songkok setahun. – Bernama

Continue Reading

Previous: Mohon kerajaan teliti harga getah – PKPKM
Next: Datuk Dr Muhammad Radzi dilantik Ketua Pengarah Kesihatan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.