Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Son Heung Min raih trofi Eropah pertama bersama Tottenham Hotspur
  • SUKAN

Son Heung Min raih trofi Eropah pertama bersama Tottenham Hotspur

Utusan Sarawak 8 hours ago
PENYERANG Tottenham Hotspur dari Korea Selatan #07 Son Heung-min menjulang trofi sambil meraikan rakan sepasukan memenangi perlawanan bola sepak akhir Liga Europa UEFA antara Tottenham Hotspur dan Manchester United di stadium San Mames di Bilbao pada 21 Mei 2025. FOTO AFP

SEOUL: Kapten Tottenham Hotspur, Son Heung Min meraih trofi utama pertamanya sepanjang 15 tahun beraksi di pentas Eropah selepas kelab dari utara London itu menewaskan Manchester United 1-0 dalam perlawanan akhir Liga Europa UEFA.

Kejayaan di Stadium San Mames di Bilbao, Sepanyol pada Rabu (waktu tempatan) itu turut menamatkan kemarau kejuaraan 17 tahun Tottenham Hotspur, lapor agensi berita Yonhap.

Jaringan Brennan Johnson pada babak pertama perlawanan sudah cukup untuk Tottenham Hotspur merangkul kejuaraan Eropah.

Son, yang dimasukkan sebagai pemain gantian menggantikan Richarlison pada minit ke-67, menjulang trofi kelab pertama dalam kerjaya profesionalnya yang bermula pada 2010 bersama Hamburger SV di Jerman.

Sejak menyertai Tottenham Hotspur pada 2015, penyerang Korea Selatan itu pernah mara ke dua perlawanan akhir utama – Liga Juara-Juara UEFA 2019 dan Piala Liga Inggeris (EFL) 2021 – namun tewas dalam kedua-duanya.

Kali terakhir Tottenham menjulang trofi adalah Piala Liga Inggeris 2008.

Spurs turut muncul naib juara Liga Perdana Inggeris musim 2016 hingga 2017, di belakang Chelsea.

Kemenangan pada Rabu itu juga menandakan kejuaraan benua pertama kelab itu sejak memenangi Piala UEFA — versi terdahulu Liga Europa — pada 1984.

Kejayaan Son disambut meriah di Korea Selatan, di mana beliau kekal sebagai antara tokoh sukan paling menonjol negara itu. — Bernama-Yonhap

Continue Reading

Previous: Spurs juara Liga Europa ranapkan impian United
Next: Iskandar akui ditawarkan berkhidmat di tanah air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.