Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Solidariti Kapit: Nanta dipertahankan, hak Sarawak tidak boleh digugat
  • SEMASA

Solidariti Kapit: Nanta dipertahankan, hak Sarawak tidak boleh digugat

Utusan Sarawak 3 hours ago
HAK SARAWAK… Rakyat Kapit menyatakan sokongan penuh terhadap Nanta Linggi dalam satu perhimpunan solidariti di Dewan Suarah Kapit, pagi tadi.

KAPIT: Rakyat Kapit menyatakan sokongan penuh terhadap Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, dalam satu perhimpunan solidariti yang diadakan di Dewan Suarah Kapit, pagi tadi.

Perhimpunan tersebut menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin politik, ketua masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang awam bagi menunjukkan sokongan padu terhadap kepimpinan Nanta.

Antara yang hadir ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Watson Awan Jalai, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Kapit yang juga Pengerusi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Kapit, Martin Bilun, Pemanca Pasang Tubak, Pemanca Wong Kie Ing, Penghulu James Sandak, Penghulu Jenny Yu Si Geok, Penghulu Sia Shui Poh, Kapitan Ling Hang Pin serta pemimpin-pemimpin NGO tempatan.

Jurucakap perhimpunan, Martin Bilun berkata, rakyat Kapit berdiri teguh menyokong kenyataan terkini Dato Sri Alexander Nanta Linggi yang menurutnya mencerminkan kebimbangan rakyat Sarawak terhadap kedudukan dan hak Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

“Kami mengecam kenyataan Naib Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Perak, Dr Abdul Aziz Bari yang menggesa Nanta meletakkan jawatan daripada Kabinet Persekutuan. Kenyataan tersebut dilihat sebagai cubaan untuk menyenyapkan suara pemimpin Sarawak yang memperjuangkan hak Sarawak,” katanya ketika membacakan kenyataan.

Beliau menegaskan bahawa kenyataan terus terang Nanta adalah cerminan kebimbangan rakyat Sarawak terhadap tindakan pihak tertentu di Semenanjung Malaysia yang sering mencabar hak Sarawak, termasuk dalam isu politik, kaum dan agama.

Menurut Martin lagi, rakyat Sarawak akan terus berdiri teguh menyokong kepimpinan Nanta serta Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam mempertahankan hak Sarawak selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962 serta Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Sarawak.

Beliau turut menegaskan bahawa rakyat Sarawak mahukan Malaysia yang aman, harmoni dan makmur, di mana rakyat berbilang kaum dapat hidup bersatu padu sambil mengecam perbalahan berterusan serta kenyataan negatif berunsur perkauman dan keagamaan.

Sementara itu, Penghulu James Sandak berkata, kehadiran pemimpin parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS), ketua masyarakat dan pemimpin NGO membuktikan sokongan padu rakyat Kapit terhadap kepimpinan Nanta dan Premier Sarawak.

“Kami hadir hari ini untuk menunjukkan bahawa kami adalah tulang belakang kepada pemimpin kami. Kami menolak perbalahan politik berterusan yang hanya menguntungkan kepentingan peribadi,” tegasnya.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PEMBERITAHUAN
Next: AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.