Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sokongan pasangan kunci kejayaan pemimpin – Rosey Yunus
  • Utara
  • WILAYAH

Sokongan pasangan kunci kejayaan pemimpin – Rosey Yunus

Utusan Sarawak 10 hours ago
ALBUM… Datuk Rosey dan Dato Lukanisman Awang Sauni rakam kenangan bersama ketua-ketua kaum pada Majlis Ramah Mesra Keluarga Persatuan Ketua Kaum Daerah Subis (PKKS) 2025 di salah sebuah hotel di Miri, hari ini.

MIRI: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, Datuk Rosey Yunus, menggesa agar pasangan suami isteri memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasangan masing-masing yang telah dilantik menjadi pemimpin di mana-mana peringkat.

Menurut beliau, peranan seorang pemimpin amat penting dalam memastikan pembangunan dan kemajuan komuniti dapat dicapai dengan lebih berkesan.

“Selama ini, kita melihat tugas dan tanggungjawab para pemimpin dijalankan dengan sangat baik.

“Namun begitu, kejayaan seseorang pemimpin juga bergantung kepada sokongan padu daripada pasangan mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Keluarga Persatuan Ketua Kaum Daerah Subis (PKKS) 2025 di salah sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu menambah, tanggungjawab sebagai pemimpin bukan sahaja dinilai melalui hasil kerja, tetapi juga melalui contoh teladan yang ditunjukkan kepada masyarakat.

“Tugas dan tanggungjawab mereka akan sentiasa menjadi perhatian masyarakat.

SELAMAT DATANG… Datuk Rosey disambut oleh ketua-ketua kaum ketika tiba di Majlis Ramah Mesra Keluarga Persatuan Ketua Kaum Daerah Subis (PKKS) 2025 di salah sebuah hotel di Miri, hari ini.

“Oleh itu, sokongan moral dan emosi daripada pasangan amat penting untuk memastikan mereka dapat terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” ujar beliau.

Datuk Rosey turut menegaskan bahawa keharmonian dan saling memahami antara pasangan akan membantu memperkukuh semangat kepimpinan dan memberi impak positif kepada pembangunan komuniti setempat.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Sibuti Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Dr Ripin Lamat, Pemanca Dr Ali Mudin dan Pengerusi PKKS KK Amin Antin serta ketua-ketua kaum Daerah Subis.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: APM Spaoh tangkap ular emas lima kaki di bumbung rumah Kampung Bungin
Next: Perpaduan pemangkin kemajuan Sarawak 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.