Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sokongan padu semua pihak pacu kemajuan SJK (C) Kiang Hin
  • PENDIDIKAN

Sokongan padu semua pihak pacu kemajuan SJK (C) Kiang Hin

Utusan Sarawak 5 hours ago
UNTUK KENANGAN… Lau (duduk belakang, lima kiri), Ahli (duduk belakang, empat kiri), So (duduk belakang, enam kiri) merakam kenangan pada majlis makan malam Tahunan SJK (C) Kiang Hin 2025, malam tadi.

SIBU: Dedikasi pihak pengurusan, guru-guru dan kokurikulum yang baik serta sokongan ibubapa menjadi tunjang kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kiang Hin untuk terus berdaya maju.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, keyakinan ibubapa dan penghargaan mereka terhadap pendidikan menjadi kekuatan utama sekolah tersebut untuk kekal relevan pada masa kini.

“Setiap kali kita melalui hadapan sekolah ini, wujud satu suasana yang istimewa. Kita dapat merasai bahawa sekolah ini memiliki ekosistemnya yang tersendiri, bukan sekadar sebuah bangunan, tetapi sebuah komuniti pendidikan yang hidup,” ujarnya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh wakilnya Kaunselor Kevin Lau pada majlis makan malam Tahunan SJK (C) Kiang Hin 2025, malam tadi.

Tiang mengakui bukan mudah untuk memastikan sekolah jenis kebangsaan terus berkembang, namun dengan semamgat dedikasi pihak pengurusan, guru-guru, kokurikulum yang baik dan sokongan ibubapa sekolah ini berdaya maju.

“Sebagai seorang timbalan menteri, saya melihat pendidikan adalah sebagai tunjang utama kemajuan. 

“Oleh itu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua guru, terima kasih atas komitmen dan pengorbanan anda semua,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada ibubapa atas sokongan dan usaha mereka menghantar anak-anak ke sekolah, menyediakan keperluan di rumah serta memastikan kehadiran mereka ke kelas.

“Semua itu adalah asas kejayaan anak-anak kita, kita harus terus memberikan tumpuan kepada mereka agar mereka belajar bersungguh-sungguh, lebih dan menghargai peluang yang diberikan,” ujarnya.

Katanya lagi, kerajaan akan terus membantu sekolah jenis kebangsaan termasuk meningkatkan kemudahan infrastruktur dan prasarana bagi memperkukuh sistem pendidikan.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Ahli Chikba, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Kapitan So Teck Kee dan Guru Besar SJK (C) Kiang Hin, Ling Ing Kiong.

Oleh Akun Giman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Program kepimpinan Malaysia–UK lahirkan kohort kedua graduan di United Kingdom

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.