Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sokongan padu rakyat pacu pemerkasaan ekonomi Sarawak
  • TEMPATAN

Sokongan padu rakyat pacu pemerkasaan ekonomi Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
SOKONGAN PERNIAGAAN…Nur Shahirah Sardon menerima replika cek daripada Awang Tengah bagi membantu mengembangkan perniagaan kecil beliau.

LAWAS: Seluruh rakyat di Wilayah Sarawak merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan pesat ekonomi negeri ini.

Bermula daripada penjual di pasar tamu kampung, pengusaha kecil dan sederhana, nelayan, petani serta masyarakat umum, semuanya menjadi penggerak dalam menstabilkan pasaran ekonomi tempatan.

Peranan rakyat ini kemudiannya dipacu ke peringkat lebih besar dengan penglibatan para pelabur dan syarikat gergasi antarabangsa.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menegaskan bahawa rakyat Sarawak bukan sekadar penumpang dalam pembangunan ekonomi, sebaliknya penyumbang besar kepada kekuatan ekonomi negeri.

“Jangan kita berfikir kita tidak menyumbang kepada pembangunan ekonomi. Kita semua memainkan peranan, begitu juga pelabur dan pekerja kita, baik profesional mahupun masyarakat umum yang bekerja kuat dan gigih berusaha.

“Semua ini menyumbang kepada pembangunan untuk keluarga, kampung, negeri dan negara secara keseluruhannya,” katanya pada majlis penangguhan Program Bakul Kasih dan Jelajah Wanita Zon Merapok/Ulu Merapok anjuran Pergerakan Wanita PBB Cawangan Bukit Sari, di sini, petang semalam.

SENTIASA FOKUS…Awang Tengah bersama kenamaan yang hadir kelihatan fokus terhadap pelan ransangan ekonomi penduduk kampung.

Awang Tengah turut menggesa rakyat di Lawas dan Sarawak khususnya untuk terus berganding tangan memperkasakan ekonomi negeri.

Beliau menekankan bahawa sokongan padu kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg harus diterjemahkan melalui kesatuan rakyat bagi memastikan keadaan politik terus kuat dan stabil.

Katanya, perkara ini amat penting kerana kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa meletakkan keutamaan untuk membela rakyat dan wilayah Sarawak.

Pada masa sama, jentera PBB pula harus sentiasa bersiap siaga dalam memberi khidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MPP laksana kerja pembinaan semula paip pembetungan di Taman Tian Ling
Next: Dato Wee gesa penyelarasan lebih kukuh di Taman Perindustrian Sama Jaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.