Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sokongan padu kerajaan GPS pemangkin utama pembangunan Saratok
  • TEMPATAN

Sokongan padu kerajaan GPS pemangkin utama pembangunan Saratok

Utusan Sarawak 1 day ago
MAJLIS Penangguhan Pesta Saratok 2025 bertempat di Pentas Utama Sri Kalaka yang disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Sokongan padu kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terus menjadi pemangkin utama pembangunan luar bandar, termasuk di kawasan Saratok. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata peruntukan besar dan dasar yang inklusif membolehkan pelbagai projek pembangunan dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata bukan itu sahaja perhatian kerajaan negeri khususnya melalui peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) telah membawa limpahan manfaat kepada rakyat di kawasan luar bandar seperti Kalaka.

“Syukur Alhamdulillah, dengan ada peruntukan ini, pelbagai projek pembangunan telah dan akan terus dilaksanakan. Komitmen kerajaan ini mencerminkan iltizam yang tinggi untuk memastikan tiada rakyat tercicir daripada arus pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Saratok 2025 bertempat di Pentas Utama Sri Kalaka yang disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Mohamad Duri menegaskan, salah satu projek utama di bawah peruntukan BDDA yang bakal mengubah wajah Saratok ialah projek menaik taraf Tebingan Sungai Krian. Projek ini bukan sahaja bakal menjadi mercu tanda baharu bagi pekan Saratok, malah berpotensi besar dalam merancakkan ekonomi setempat.

“Apabila siap kelak, Tebingan Sungai Krian bukan sekadar ruang riadah tetapi juga pemangkin kepada sektor pelancongan, perniagaan kecil, keusahawanan tempatan dan perkhidmatan. Ia akan memberikan impak besar kepada pertumbuhan ekonomi pekan ini,” ujarnya.

Projek ini katanya turut dijangka menjadi lokasi strategik untuk pelbagai aktiviti komuniti, selain menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Kemudahan rekreasi yang inklusif akan memberikan manfaat kepada semua lapisan penduduk, dari golongan muda hingga warga emas.

“Sebagai kawasan luar bandar yang sedang berkembang, Saratok amat memerlukan infrastruktur seperti ini bagi melonjakkan potensinya dan menarik lebih banyak pelaburan dan peluang ekonomi,” tambah Mohamad Duri.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri berucap pada MajlisPenangguhan Pesta Saratok 2025 bertempat di Pentas Utama Sri Kalaka. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Dalam perkembangan lain, beliau turut merayu agar projek pembinaan jalan penghubung dari Kampung Pagan ke Kampung Kaba diberikan perhatian oleh kerajaan negeri. Laluan ini akan menjadi penghubung strategik yang menyambungkan kedua-dua kampung ke Lebuh Raya Sarawak Expressway, sekali gus mempercepatkan pergerakan rakyat dan hasil pertanian ke pusat bandar.

“Saya ingin memohon perhatian kerajaan Sarawak untuk mempertimbangkan projek ini yang sangat penting bukan sahaja dari segi kemudahan asas tetapi juga sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi kawasan sekitar,” jelas beliau.

Beliau yakin, pembinaan jalan penghubung ini akan membuka lebih banyak peluang pembangunan serta mengurangkan jurang perbezaan antara kawasan luar bandar dan bandar.

“Insya-Allah, dengan sokongan Datuk Amar Douglas Uggah dan kepimpinan Premier Sarawak, Saratok mampu berkembang menjadi kawasan luar bandar yang progresif, berdaya saing dan sejahtera,” tambahnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Boniface Bada dilantik Temenggong Iban Bahagian Miri
Next: Saratok pesat membangun seperti daerah lain di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.