Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sokongan padu kepada GPS jamin kemakmuran rakyat
  • WILAYAH

Sokongan padu kepada GPS jamin kemakmuran rakyat

Utusan Sarawak 9 hours ago
TIMBALAN Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berucap pada Majlis Ringkas Penyerahan Cek geran MRP bagi kawasan DUN Simanggang, semalam. Foto ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis optimis rakyat akan menikmati kehidupan lebih makmur sekiranya terus teguh menyokong kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memperoleh mandat lebih besar pada Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN13) akan datang.

Beliau berkata, kestabilan politik yang kukuh di bawah pentadbiran GPS menjadi asas penting dalam merancang dan melaksanakan pembangunan yang menyeluruh di Sarawak.

Menurutnya, mandat besar daripada rakyat akan membolehkan kerajaan negeri merangka dasar lebih berkesan serta mempercepatkan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan.

Harden berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ringkas Penyerahan Cek geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang, di sini, semalam.

TIMBALAN Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berucap pada Majlis Ringkas Penyerahan Cek geran MRP bagi kawasan DUN Simanggang, semalam. Foto ADUN Simanggang

Pada majlis tersebut, Persatuan Penternak Burung Walit Simanggang menerima peruntukan sebanyak RM5,000 bagi menyokong aktiviti penternakan, manakala Kelab Bola Tampar Simanggang Gators menerima RM25,000 untuk penganjuran pertandingan bola tampar peringkat Bahagian Sri Aman.

Beliau menegaskan bahawa bantuan seperti ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperkasakan komuniti setempat serta menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial di peringkat akar umbi.

Selain itu, majlis turut menyaksikan penyerahan simbolik ‘duit raya’ oleh Harden kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi kaum Melayu serta pengerusi masjid dan surau.

Katanya, sumbangan tersebut bertujuan membantu membiayai pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang masih berlangsung sempena sambutan perayaan.

Terdahulu, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang menerima kunjungan ketua keluarga daripada JKKK Batu Minggu, Jalan Bungkang, Taman Harmoni yang diketuai oleh Taim Kubong.

Kunjungan tersebut bertujuan mendapatkan penjelasan mengenai syarat dan kelayakan untuk memohon pinjaman perumahan daripada Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak.

Beliau menyambut baik usaha komuniti tersebut yang proaktif dalam mendapatkan maklumat berkaitan kemudahan perumahan yang disediakan kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Harden sekali lagi menegaskan bahawa kesinambungan pembangunan hanya dapat dicapai sekiranya rakyat terus memberikan sokongan padu kepada GPS pada PRN13, demi menjamin masa depan yang lebih sejahtera untuk seluruh rakyat Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM550,000 projek RTP 2027 diluluskan, perkasa prasarana luar bandar di DUN Krian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.