Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sokongan keluarga dan pasangan kunci kejayaan penyusuan susu ibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Sokongan keluarga dan pasangan kunci kejayaan penyusuan susu ibu

Utusan Sarawak 2 days ago
DATO’ Sri Doris Sophia Brodie menyempurnakan Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia peringkat Negeri hari ini. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

SIMANGGANG: Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie hadir menyempurnakan Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia peringkat Negeri dan Agenda Nasional Malaysia Sihat 2025 di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

Dalam ucapannya, Doris menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak bersama rakan strategik atas usaha menganjurkan program yang memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Saya beriltizam untuk terus menyokong program kesihatan yang memberi manfaat nyata kepada rakyat, khususnya masyarakat di Sri Aman yang amat dekat di hati saya,” katanya.

Beliau menegaskan program ini sejajar dengan matlamat Agenda Nasional Malaysia Sihat, iaitu melahirkan rakyat sihat, sejahtera dan berdaya tahan demi kesejahteraan keluarga serta komuniti.

Doris turut menekankan bahawa kejayaan penyusuan susu ibu bukan hanya bergantung kepada seorang ibu, tetapi memerlukan sokongan keluarga, pasangan, rakan sekerja dan komuniti setempat.

“Dengan suasana mesra ibu menyusu, penuh kasih sayang dan pemahaman, ibu akan lebih selesa, anak-anak pula mendapat pemakanan terbaik serta bernutrisi,” jelasnya.

Menurut beliau, manfaat penyusuan susu ibu bukan sahaja untuk ibu dan anak, tetapi juga mengukuhkan kesihatan keluarga dan komuniti secara menyeluruh.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Program Santunan Desa KEMAS perkasa komuniti luar bandar di Puncak Borneo
Next: Ekspo Pendidikan Sarikei tarik minat ibu bapa, pelajar cari info terkini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.