Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sokong sambut Aidilfitri dalam kalangan keluarga
  • TEMPATAN

Sokong sambut Aidilfitri dalam kalangan keluarga

Utusan Sarawak 5 years ago
SOKONG SEPENUHNYA..
Nur Hamsiah Madehi

NURZILLA MOHAMAD

SIBU: Orang ramai menyambut baik langkah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) yang tidak membenarkan amalan berkunjung dari rumah ke rumah pada Hari Raya dan Hari Gawai, sebaliknya terhad dalam kalangan ahli keluarga sahaja.

Menurut Nur Hamsiah Madehi, 23, beliau menyokong keputusan tersebut kerana menyedari situasi Covid-19 yang masih belum pulih sepenuhnya.

“Tidak mengapa jika tahun ini Hari Raya hanya disambut dalam kalangan keluarga sahaja. Apa yang penting kita dapat mengelak atau membendung penularan wabak ini.

“Saya yakin, langkah kerajaan ini adalah untuk menjamin kesihatan dan keselamatan rakyat. Sebab itu saya menyokong penuh langkah ini,” katanya.

Bagi Jenny Sagai, 30, rakyat harus mengambil peluang ini untuk mengeratkan hubungan dalam keluarga.

Katanya, kadang-kadang ada ahli keluarga banyak menghabiskan masa berkunjung ke rumah rakan-rakan yang lain sehingga terlupa untuk meluangkan masa bersama keluarga terdekat.

“Jadi inilah masanya untuk kita meluangkan lebih banyak masa untuk ahli keluarga.

“Dalam masa yang sama, kita dapat menghayati erti sebenar sambutan Hari Gawai itu,” katanya.

Pengerusi JPBNS, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dipetik berkata, Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi perayaan Hari Raya dan Hari Gawai juga tidak membenarkan rumah terbuka, menziarahi kubur, tahlil dan kenduri Hari Raya.

Sebelum ini, beliau menegaskan, sambutan Hari Raya dan Hari Gawai di negeri ini hanya dibenarkan pada hari pertama dengan kapasiti seramai 20 orang ahli keluarga dan jiran terdekat.

Continue Reading

Previous: 31 ditahan leka minum, langgar PKPB
Next: Kualiti perubatan Malaysia bertaraf dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.