Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sokong penuh calon GPS – Uggah
  • TEMPATAN

Sokong penuh calon GPS – Uggah

Utusan Sarawak 3 years ago
TERTARIK… Datuk Amar Douglas Uggah Embas menunjukkan produk yang dipamerkan pada Program AgriCOP Khas N.53 Machan di Rumah Jarau Jenggut, Menalun Poi di Kanowit. Turut kelihatan ialah Allan Siden Gramong (kanan).

KANOWIT: Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan digesa supaya memberikan sokongan penuh kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Allan Siden Gramong pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Allan masih memerlukan lebih masa untuk melaksanakan projek bernilai sekitar RM100 juta secara berkesan daripada Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA).

“Daerah Kanowit telah dimasukkan ke dalam kawasan URDA. Allan bersama pemimpin lain di daerah ini bertanggungjawab mendapatkan URDA untuk memasukkan Kanowit,” jelasnya ketika berucap merasmikan Program AgriCOP Khas N.53 Machan di Rumah Jarau Jenggut, Menalun, Poi di sini, semalam.

Menurutnya, Kerajaan GPS di bawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg amat prihatin terhadap kebajikan rakyat, terutamanya penduduk luar bandar.

“Pembentukan URDA dan agensi pembangunan wilayah seumpamanya adalah bukti keprihatinan Kerajaan GPS.

“Memang wajar rakyat membalas dengan menyerahkan semua kerusi mereka kepada GPS,”ujarnya.

Selain URDA, katanya, kementerian dan agensi kerajaan lain juga mempunyai program mereka sendiri.

“Secara keseluruhannya, kami mempunyai kira-kira RM250 juta projek termasuk infrastruktur dan kemudahan di sini, ini adalah jumlah yang sangat besar.

“Oleh itu, kita harus memberikan sokongan kepada Allan demi untuk memudahkan pelaksanaan projek pembangunan.

“Projek ini akan banyak mengubah landskap dan ekonomi tempatan, akan ada peluang untuk semua orang,” jelasnya.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Usaha penuhi keperluan rakyat
Next: “Saya tak halang” – Penguang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.