
(FILES) In this file photo taken on February 16, 2017 Saint-Etienne's French defender Florentin Pogba warms up ahead of the UEFA Europa League Round of 32 first-leg football match between Manchester United and Saint-Etienne at Old Trafford stadium in Manchester, north-west England. - Paul Pogba's older brother Florentin Pogba has joined Sochaux in the French second division, the club said on May 18, 2020. The 29-year old defender has agreed a three-year deal and will take a medical, the club added. Sochaux were 14th in Ligue 2 when competition was halted in mid-March by the coronavirus pandemic. (Photo by Oli SCARFF / AFP)

LIGUE 1 PERANCIS
ABANG Paul Pogba, Florentin Pogba telah lulus ujian perubatan dan selesai menandatangani kontrak dengan Sochaux dalam divisyen dua Perancis, kata kelab itu semalam.
Pemain pertahanan berusia 29 tahun itu telah bersetuju dengan perjanjian tiga tahun dengan pasukan yang dimiliki oleh syarikat dari China, Nenking.
“Saya sangat gembira dapat menyertai kelab ini,” kata Pogba dalam sebuah video yang disiarkan oleh Sochaux di laman sesawang mereka.
“Saya mengharapkan yang terbaik untuk musim yang akan datang. Allez Sochaux!”
Dia kemudian berlari melintasi padang sambil bertepuk tangan ke atas tempat duduk kosong di Stade Auguste-Bonal yang mempunyai kapasiti lebih dari 20,000 orang.
Florentin dilahirkan di Conakry tetapi bermain untuk Perancis di peringkat belia sebelum terus menjadi pemain antarabangsa Guinea.
Dia memulakan kariernya di Celta Vigo di Sepanyol dan pernah bermain di Sedan dan Saint-Etienne di Perancis dan juga Genclerbirligi di Turki. Dia telah menjadi ejen bebas sejak kelab MLS, Atlanta United membebaskannya akhir tahun lalu.
Sochaux berada di tangga ke-14 dalam Ligue 2 ketika persaingan dihentikan pada pertengahan Mac kerana wabak Covid-19. – AFP