Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • SMK Sri Sadong siap sepenuhnya, tingkatkan keselesaan, fasiliti pembelajaran
  • PENDIDIKAN

SMK Sri Sadong siap sepenuhnya, tingkatkan keselesaan, fasiliti pembelajaran

Utusan Sarawak 1 day ago
RODIYAH Sapiee ketika berucap pada Program Mercy Mathematics: Klinik Penggunaan Kalkulator Peringkat Daerah Simunjan 2025 bertempat di Dewan Sri Gemilang, SMK Simunjan No. 1, hari ini. -Foto UKAS

SIMUNJAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Sadong kini siap sepenuhnya dan bersedia untuk digunakan oleh warga pendidik dan para pelajar.

Perkara ini diumumkan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee dalam Program Mercy Mathematics: Klinik Penggunaan Kalkulator Peringkat Daerah Simunjan 2025 bertempat di Dewan Sri Gemilang, SMK Simunjan No. 1, hari ini.

Projek pembinaan semula sekolah ini yang menelan belanja sebanyak RM28.7 juta merupakan inisiatif di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan berjaya disiapkan sepenuhnya pada 16 Mei lepas.

Menurut Rodiyah, bangunan baharu ini terdiri daripada pelbagai komponen utama termasuk blok akademik tiga tingkat, kantin, lima unit kuarters guru Kelas F, pagar keselamatan dan pintu pagar utama.

“Dengan siapnya bangunan baru ini, ia mampu memberi keselesaan yang lebih baik kepada para pelajar dan guru.

“Bangunan ini turut dilengkapi dengan kemudahan pembelajaran moden seperti bengkel elektronik, bengkel buatan, makmal sains, makmal komputer dan studio reka bentuk,” katanya.

Menyentuh mengenai program berkenaan, beliau menjelaskan seramai 96 orang pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 4 aliran Sains dari SMK Sri Sadong menerima sumbangan kalkulator saintifik.

Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan penguasaan penggunaan kalkulator dalam kalangan pelajar sekolah menengah, khususnya menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam usaha meningkatkan kecekapan pelajar dalam penggunaan kalkulator saintifik, program tersebut turut menampilkan penceramah khas daripada pihak Casio Malaysia.

Turut hadir Timbalan Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan, Hamsiah Lazim, Pemangku Pengetua yang juga Penolong Kanan Pentadbiran (PK1) SMK Sri Sadong, Nur Nelia Satok, Penceramah dari Casio Malaysia, Amar Safwan Roslin dan Pegawai SIC+ Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan, Ernest Thamly Pinus@Sara. -UKAS

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Belia di Jepak disaran rebut peluang latihan vokasional
Next: KPM ambil serius kewujudan halaman pedofilia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.