Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SMK Song johan CIP-KPS 2022 Peringkat Zon Tengah Negeri Sarawak
  • WILAYAH

SMK Song johan CIP-KPS 2022 Peringkat Zon Tengah Negeri Sarawak

Utusan Sarawak 2 years ago
TAHNIAH… Matthew (tengah) merakam kenangan bersama para peserta Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP-KPS) Tahun 2022 Peringkat Zon Tengah Negeri Sarawak.

SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song dari Kapit dinobatkan sebagai johan Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP-KPS) Tahun 2022 Peringkat Zon Tengah Negeri Sarawak yang berlangsung di Taman Rekreasi Greenpark Phase 2, hari ini.

Mereka memenangi wang tunai RM700, piala dan sijil.

Tempat kedua dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh SMK St Patrick dari Mukah dan SMK Sarikei Baru dari Sarikei.

SMK St Patrick membawa pulang wang tunai RM500 manakala SMK Sarikei Baru mendapat wang tunai RM300. Mereka juga menerima piala dan sijil.

Seramai 52 pelajar dari 13 sekolah di wilayah tengah menyertai program tersebut yang bertujuan mendidik pelajar mengenai kepenggunaan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak, Matthew Dominic Barin menggesa pelajar memahami peranan mereka sebagai pengguna.

“Kita mahu mereka menjadi pengguna yang bijak. Jadi, melalui aktiviti pagi ini, kita harap dapat ajar mereka menjadi pengguna bijak,” jelasnya ketika ditemui pemberi hari ini.

Beliau berkata, dalam cabaran itu, pelajar perlu melalui siri permainan strategi dan permainan interaktif berkaitan kepenggunaan.

“Pemenang cabaran zon tengah akan bersaing dalam ke peringkat negeri yang dijadualkan pada Julai,” ujarnya.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: 12 penyewa Bazar MARA terima pengiktirafan BeSS
Next: Rebut gelaran ‘Kumang’ sertai BDCF anjuran SIDS 21 Julai depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.