Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SMK Simanggang dan SJK Chung Hua dinobat Johan Pertandingan Trafik Sarawak peringkat Sri Aman
  • Tengah
  • WILAYAH

SMK Simanggang dan SJK Chung Hua dinobat Johan Pertandingan Trafik Sarawak peringkat Sri Aman

Utusan Sarawak 4 days ago
DATO Sri Lee Kim Shin menyampaikan hadiah kepada semua pemenang STG 2025 peringkat Bahagian Sri Aman di Taman Lalu Lintas Bandar Simanggang, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang muncul johan bagi Kategori Sekolah Menengah dalam Pertandingan Trafik Sarawak (STG) 2025 peringkat Bahagian Sri Aman yang berlangsung di Taman Lalu Lintas Bandar Simanggang, di sini hari ini.

Tempat kedua dan ketiga dalam kategori tersebut masing-masing dimenangi oleh SMK Melugu dan SMK Saint Luke.

Bagi Kategori Sekolah Rendah, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Simanggang muncul johan, diikuti Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Majlis Islam Sarawak (MIS) Sri Aman di tempat kedua dan SK Saint Luke di tempat ketiga.

Kesemua hadiah pemenang telah disampaikan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin.

Pertandingan yang disertai oleh lima sekolah menengah dan lima sekolah rendah ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pendidikan tentang keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain.

DATO Sri Lee Kim Shin menyampaikan hadiah kepada semua pemenang STG 2025 peringkat Bahagian Sri Aman di Taman Lalu Lintas Bandar Simanggang, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Simanggang

Sekolah menengah yang mengambil bahagian adalah SMK Sri Aman, SMK Simanggang, SMK Saint Luke, SMK Melugu dan SMK Lingga. Manakala sekolah rendah yang menyertai ialah SJK Chung Hua Simanggang, SK Agama (MIS) Sri Aman, SK Sri Aman, SK Saint Luke dan SK Abang Aing.

Sebagai sebahagian daripada pengisian program STG Edisi Sri Aman 2025, pertandingan pidato bertemakan keselamatan jalan raya turut diadakan. Johan bagi kategori sekolah menengah dimenangi oleh Awangku Saed Muhamad Azim Awangku Nor Azwan dari SMK Sri Aman, manakala Muhd Izzul Zhafran Abd Rahman dari SK Agama (MIS) Sri Aman muncul juara kategori sekolah rendah.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil, Residen Bahagian Sri Aman Mahra Salleh, Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman Abdul Rahman Muhiyuddin dan tetamu kenamaan yang lain.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Uggah hadiri sesi libat urus bersama pesawah dan petani di Spaoh
Next: Tapak Projek Kampung Datu Lama diserah, kerja pembersihan dimulakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.