Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SMK Saratok rangkul juara keseluruhan MSSB Betong tiga tahun berturut-turut
  • Tengah
  • WILAYAH

SMK Saratok rangkul juara keseluruhan MSSB Betong tiga tahun berturut-turut

Utusan Sarawak 6 hours ago
KONTINJEN SMK Saratok muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Olahraga MSSB Betong Ke-22 yang berlangsung di Kompleks Sukan Betong, petang semalam. Foto: SMK Saratok

BETONG: Kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saratok mengekalkan penguasaan apabila muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Bahagian (MSSB) Betong Ke-22 yang berlangsung di Kompleks Sukan Betong, petang semalam.

Kejayaan itu lebih bermakna apabila SMK Saratok berjaya mencipta hatrik kejuaraan selepas mempertahankan gelaran buat tiga tahun berturut-turut iaitu pada 2024, 2025 dan 2026.

Berdasarkan keputusan rasmi kejohanan, SMK Saratok mengungguli carta pungutan pingat dengan mengumpul 32 pingat emas, 24 perak dan 23 gangsa sekali gus mengatasi pencabar terdekat.

Tempat kedua keseluruhan dimenangi oleh SMK Datuk Patinggi Kedit Betong yang meraih 22 pingat emas, 19 perak dan 11 gangsa.

Sementara itu, SMK Saribas melengkapkan kedudukan tiga terbaik selepas mengutip 13 pingat emas, tujuh perak dan 12 gangsa.

SMK Bahasa Malaysia Saratok pula berada di tempat keempat dengan 11 pingat emas, 15 perak dan 12 gangsa, diikuti SMK Saint Augustine Betong di tempat kelima dengan 11 emas, 13 perak dan 14 gangsa.

Kejohanan tahunan itu menghimpunkan penyertaan sekolah-sekolah menengah dari seluruh Bahagian Betong bagi merebut gelaran juara keseluruhan serta memilih atlet terbaik untuk mewakili bahagian ke kejohanan peringkat negeri.

Prestasi cemerlang yang dipamerkan SMK Saratok memperlihatkan komitmen tinggi pihak sekolah, jurulatih, guru serta atlet dalam memastikan kecemerlangan sukan dapat dikekalkan dari tahun ke tahun.

Kejayaan itu juga membuktikan program pembangunan sukan di sekolah berkenaan terus membuahkan hasil melalui latihan yang sistematik dan semangat berpasukan yang tinggi.

Selain mengejar kejayaan dalam pertandingan, kejohanan tersebut turut menjadi platform mencungkil bakat baharu serta memupuk nilai disiplin, semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan pelajar.

Kesemua hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu pada majlis penutupan kejohanan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua sekolah yang mengambil bahagian serta berharap atlet yang terpilih akan terus mengharumkan nama Bahagian Betong pada kejohanan peringkat yang lebih tinggi.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kolam takungan RM14.5 juta siap, tingkat usaha atasi banjir di Desa Wira

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.