Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • SMK Saratok catat kejayaan cemerlang SPM 2024, 98 peratus lulus sijil penuh
  • PENDIDIKAN

SMK Saratok catat kejayaan cemerlang SPM 2024, 98 peratus lulus sijil penuh

Utusan Sarawak 5 hours ago
FRIDAY Belik merasmikan majlis Apresiasi Kecemerlangan SMK Saratok di Dewan Masyarakat Sri Krian, semalam. Foto: SMK Saratok
 
 


SARATOK: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saratok mencipta kejayaan cemerlang apabila mencatat sejarah baharu dengan 98 peratus pelajarnya memperoleh sijil penuh dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Kejayaan itu turut menyaksikan sekolah berkenaan merekodkan Gred Purata Sekolah (GPS) 4.94 iaitu pencapaian terbaik sejak penubuhannya.

Lebih membanggakan, ini merupakan kali pertama SMK Saratok mencatatkan GPS di bawah lima mata, sekali gus meletakkannya setanding dengan sekolah berprestasi tinggi di negeri ini.

Kejayaan akademik yang membanggakan itu turut disokong oleh pencapaian luar biasa dalam bidang kokurikulum, termasuk penyertaan peringkat kebangsaan yang mengharumkan nama sekolah dan Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik menzahirkan penghargaan beliau kepada seluruh warga sekolah atas komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan, khususnya kepada pasukan guru serta pentadbiran sekolah di bawah kepimpinan Pengetua, Beritin Empawie.

“Guru-guru yang tekun dan bersatu padu menjadi tunjang utama kejayaan pelajar kita. Mereka adalah wira yang tidak didendang tetapi jasanya amat besar dalam pembangunan pendidikan,” katanya ketika berucap pada majlis Apresiasi Kecemerlangan SMK Saratok di Dewan Masyarakat Sri Krian, semalam.

Friday turut menzahirkan pujian terhadap kerjasama erat antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa pelajar dalam menjayakan pelbagai program pembangunan sekolah.

“Semangat gotong-royong dan sokongan komuniti inilah yang menjadi kunci kepada kecemerlangan berterusan. Saya menggesa agar program seperti makan malam amal untuk pengumpulan dana pendidikan terus digiatkan. Setiap sumbangan adalah pelaburan besar untuk masa depan anak-anak kita,” ujarnya.

Sebagai tanda sokongan berterusan, beliau turut menyerahkan replika cek bernilai RM10,000 bagi pembelian televisyen pintar sebagai kemudahan pembelajaran, dan RM30,000 di bawah Peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) 2025 kepada PIBG sekolah.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Program Jelajah Jiwa Borneo 2025 serlah mahasiswa holistik, berjiwa komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.