Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SMK Oya juara Sayembara Teater-Mono
  • TEMPATAN

SMK Oya juara Sayembara Teater-Mono

Utusan Sarawak 4 years ago
SIDANG MEDIA… Suharyati Sulaiman merakam gambar kenangan bersama Awang Yusup Awang Mostapha dan Mervin Gumba Sigai selepas sidang media usai Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Kuching Tahun 2021 di Dewan Dewan Serbaguna Kolej Komuniti Kuching, Petra Jaya, semalam.

DALAT: Grup Teater KRIS (GTK) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya muncul juara Sayembara Teater-Mono Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak, baru-baru ini.

Mewakili Pejabat Pendidikan Daerah Dalat Pejabat Pendidian Bahagian (PPD) Dalat dengan mempertaruhkan teater-mono  berjudul `Fasiq’, pasukan ini  telah berjaya menewaskan sembilan penyertaan lain pada program tersebut.

 SMK SHOAW yang mewakili PPD Padawan meraih naib johan dengan teater-mono yang bertajuk `Steareotaip’, manakala SMK Hajjah Laila Taib yang mewakili PPD Samarahan di tempat ketiga merusi teater-mono yang `Sebuah Harapan’.

Teater-Mono Fasiq adalah arahan dan karya asal Cikgu Juni Jon Ajinoor yang dilakonkan dengan penuh penghayatan menerusi watak Hakim oleh Mohamad Haritih Haqimy.

Menurut Juni, Fasiq mengisahkan perjalanan hidup watak bernama Hakim dalam lingkungan 30-an yang bergelumang dosa dengan melakukan perbuatan bertentangan dengan prinsip-prinsip moral.

“Hakim terjerumus ke kancah maksiat seperti penagihan alkohol, bersosial dalam kelab malam dan penagihan dadah.  Sikapnya yang keterlaluan itu telah mengabaikan tanggungjawabnya  sebagai seorang suami dan bapa,” katanya.

Tambahnya lagi, perjalanan hidup Hakim sampai ke titik pembalasan apabila  telah bertindak di luar batasan dengan memukul isterinya hingga meninggal dunia kerana gagal memberikan wang untuknya membeli dadah.

Sesungguhnya, manusia yang berdosa seperti Hakim digelar pendosa dan secara semantiknya dikenal sebagai seorang yang fasiq.

GTK SMK Oya akan meneruskan perjuangannya dalam sayembara ini dengan mewakili negeri Sarawak ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kelantan akhir bulan ini.

GTK dianggotai oleh  Mohamad Harith Haqimy, Victor Chong Joe Hou, Dewi Ratna Kartika, Muhammad Tun Hamdan dan Asllesandro.

Melalui Sayembara Seni ini, murid-murid telah diberi peluang dan pentas untuk memperkembangkan minat, bakat dan potensi berkarya bersama-sama rakan lain dari seluruh negeri.

Antara objektifnya termasuklah menggalakkan murid bergerak aktif walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19 sebagai usaha menyemarakkan seni persembahan dalam kalangan murid, ibu bapa dan komuniti setempat.

Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran dan kreativiti dalam penggunaan teknologi bagi menyediakan seni persembahan monodrama secara dalam talian serta menyahut saranan KPM terhadap elemen Love, Respect, Happiness and Humanity (LR2H) dalam pendidikan dan meningkatkan pembinaan jati diri dan kemenjadian murid.

Continue Reading

Previous: Dijangka dibuka November ini
Next: 24 pertubuhan terima peruntukan MRP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.