Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SMK Kanowit kini lengkap dengan blok akademik dan kemudahan sokongan
  • Tengah
  • WILAYAH

SMK Kanowit kini lengkap dengan blok akademik dan kemudahan sokongan

Utusan Sarawak 6 hours ago
BERWAJAH BAHARU…Pemandangan terkini SMK Kanowit selepas siapnya projek gantian bangunan yang merangkumi 18 bilik darjah dan pelbagai kemudahan lain.

KANOWIT: Projek Gantian 18 bilik darjah dan kemudahan lain di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kanowit bernilai RM49.9 juta berjaya disiapkan dua bulan lebih awal daripada jadual asal.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, berkata projek yang mula dibina pada 14 Januari 2023 itu telah diserahkan sepenuhnya oleh Pasukan Projek Khas 2 Sarawak (PPK2 Sarawak) kepada Kementerian Pendidikan (KPM) pada 5 November lalu.

“Pelaksanaan projek ini amat besar maknanya kepada para pelajar, guru dan kakitangan sekolah, selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyediakan ekosistem pembelajaran yang kondusif serta infrastruktur pendidikan yang selamat dan berkualiti,” katanya ketika menyaksikan majlis penyerahan projek itu di sini, hari ini.

Projek berkenaan merangkumi pembinaan Blok Pentadbiran, Blok Akademik yang menempatkan 18 bilik darjah, surau, bengkel Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), makmal komputer, makmal sains integrasi dan makmal kimia, selain dua bilik sumber.

Kemudahan sokongan turut disediakan termasuk bilik pam dan bomba, bilik elektrik utama, dua gelanggang permainan, pondok menunggu, pondok basikal serta pondok pengawal.

Nanta turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, termasuk Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, kontraktor utama serta komuniti setempat atas kerjasama menjayakan projek berkenaan.

CHUA Chee Kiong, kontraktor dari Syarikat Perniagaan Dasra Sdn Bhd menyerahkan replika kunci kepada Jasmi (kanan) sebagai simbolik penyerahan rasmi projek berkenaan.

“Kejayaan hari ini adalah hasil usaha bersama kerajaan, agensi pelaksana dan komuniti setempat. KKR akan terus memastikan setiap projek pembangunan dilaksanakan dengan penuh integriti, profesionalisme dan ketelusan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kapit.

Beliau berkata projek SMK Kanowit itu merupakan sebahagian daripada komitmen di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk meningkatkan kualiti infrastruktur pendidikan di seluruh negara.

Pada majlis tersebut, Nanta turut menyumbangkan RM20,000 kepada PIBG SMK Kanowit bagi menyokong aktiviti serta keperluan sekolah.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia, Khairuddin Bakar; Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 2 Jabatan Kerja Raya, Dato Ir. Jasmi Wahab; Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan Jabatan Kerja Raya, Dato Ir. Dr. Balamurugan A/L A, Gopal; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong dan ADUN Ngemah, Anyi Jana.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Cabaran kemahiran dan taktikal perkasa kecekapan anggota BBP Bintangor
Next: ‘Ngelamaai Buraaq Idaang’ simbol perpaduan, warisan masyarakat Tering

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.