Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SMK Kai Chung dan SJKC Kai Chung perlihat kerjasama kukuh anjur sukan tahunan
  • Tengah
  • WILAYAH

SMK Kai Chung dan SJKC Kai Chung perlihat kerjasama kukuh anjur sukan tahunan

Utusan Sarawak 4 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing berucap pada majlis perasmian  Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-62 SMK Kai Chung dan SJKC Kai Chung, baru-baru ini. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-62 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kai Chung dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kai Chung bukan sekadar acara sukan, malah menjadi medan pembentukan jati diri, disiplin dan sahsiah murid, kata Datuk Ding Kuong Hiing.

Katanya, kejohanan tersebut adalah platform penting untuk mencungkil bakat serta membentuk generasi muda yang seimbang dari segi akademik, jasmani dan sahsiah, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“Kejohanan sukan bukan sahaja menguji keupayaan fizikal, malah mendidik tentang nilai kerjasama, kepimpinan, ketabahan dan semangat saling menghormati.

“Menang atau kalah adalah adat pertandingan, namun pengalaman serta semangat juang yang ditampilkan itulah kejayaan sebenar,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian kejohanan sukan tersebut, baru-baru ini.

PARA peserta bergambar bersama Datuk Ding Koung Hiing. Foto Pusat Khidmat Meradong

Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap kerjasama erat antara SMK Kai Chung dan SJKC Kai Chung dalam menjayakan penganjuran kejohanan ini yang disifatkan sebagai contoh terbaik semangat perpaduan dan kekitaan dalam komuniti pendidikan setempat.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbiran sekolah, jawatankuasa pengelola, guru-guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), alumni serta semua pihak yang telah memberikan komitmen tinggi bagi memastikan kejohanan berjalan lancar dan teratur.

“Kepada para pelajar dan murid yang mengambil bahagian, bertandinglah dengan penuh disiplin, mematuhi peraturan, menghormati pengadil serta pihak lawan dan menjadikan kejohanan ini sebagai medan membina keyakinan diri serta semangat kesukanan sejati,” katanya.

Koung Hiing turut mengumumkan kelulusan projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bernilai RM100,000 bagi menaik taraf prasarana Stadium SMK Kai Chung, selain peruntukan RM50,000 untuk menaik taraf kemudahan Dewan Serbaguna SJKC Kai Chung termasuk pemasangan paparan LED dan sistem siar raya.

Beliau juga memaklumkan bahawa projek menaik taraf Kompleks Sukan Bintangor bagi fasa kedua bernilai RM3.5 juta turut diluluskan, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkukuh pembangunan sukan dan pendidikan di Daerah Meradong.

Turut hadir, Pengetua SMK Kai Chung, Nguang Seng; Guru Besar SJKC Kai Chung, Ting Kah Chen; Pegawai Pendidikan Daerah Meradong, Yakup Jai; Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Dato’ Thomas Ung Sing Ung serta para tetamu kehormat yang lain

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: BBP Bintangor laksana pemeriksaan 15 unit pili bomba di lima lokasi
Next: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum perlu adil, amanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.