Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SMK Bahasa Malaysia Saratok cemerlang SPM, ADUN Kalaka ucap tahniah
  • Tengah
  • WILAYAH

SMK Bahasa Malaysia Saratok cemerlang SPM, ADUN Kalaka ucap tahniah

Utusan Sarawak 8 hours ago
MOHAMAD Duri ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-25 SMK Bahasa Malaysia Saratok yang diadakan di Saratok, kelmarin. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahasa Malaysia Saratok atas pencapaian cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Beliau berkata, kejayaan tersebut amat membanggakan apabila dua orang pelajar berjaya memperoleh keputusan A penuh, manakala empat pelajar mendapat 8A.

Selain itu, seramai lapan pelajar mencatat keputusan 7A, empat pelajar memperoleh 6A dan 14 pelajar berjaya meraih 5A, sekali gus menunjukkan peningkatan prestasi akademik yang memberangsangkan.

Menurut beliau, pencapaian ini merupakan hasil kerjasama erat antara guru, ibu bapa dan pelajar dalam memastikan kecemerlangan akademik dapat dicapai secara konsisten.

“Ini adalah satu kejayaan yang cukup membanggakan dan membuktikan bahawa usaha gigih semua pihak termasuk guru dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk kejayaan pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-25 sekolah berkenaan yang diadakan di sini, kelmarin.

Dalam ucapannya, Mohamad Duri turut berkongsi beberapa inisiatif pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak, termasuk usaha menyediakan pendidikan percuma serta bantuan pembelajaran kepada pelajar institusi pengajian tinggi di negeri ini dan seluruh negara.

Beliau turut menggesa para pelajar agar merebut peluang pendidikan yang disediakan pada masa kini bagi membina masa depan yang lebih cerah.

MOHAMAD Duri ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-25 SMK Bahasa Malaysia Saratok yang diadakan di Saratok, kelmarin. Foto: ADUN Kalaka

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa peranan ibu bapa amat penting dalam memastikan anak-anak memberi keutamaan kepada pendidikan dan tidak hanya bergantung kepada pihak sekolah semata-mata.

“Ibu bapa perlu memastikan anak-anak sentiasa berdisiplin, hadir ke sekolah dan memberi komitmen penuh terhadap pelajaran,” katanya lagi.

Dalam majlis tersebut, Mohamad Duri turut mengumumkan pemberian geran berjumlah RM20,000 kepada PIBG sekolah berkenaan bagi menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti yang telah dirancang.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Dipertua PIBG, Sahari Gani, diikuti ucapan wakil pengetua, Abang Hamdani Abang Abu Bakar, sebelum disempurnakan oleh Mohamad Duri.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Penyelenggaraan lampu isyarat di Bintulu Kinda esok
Next: JASS bantu ringankan kos sara hidup, perkasa petani tempatan di Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.