Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • SMK Bahasa Malaysia sambut Jubli Emas, pembangunan sekolah diperkasa
  • PENDIDIKAN

SMK Bahasa Malaysia sambut Jubli Emas, pembangunan sekolah diperkasa

Utusan Sarawak 11 hours ago
DATUK Mohamad Razi Sitam hadir merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Bahasa Malaysia Saratok dekat sini hari ini. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Kejayaan sesebuah sekolah bukan sahaja terletak pada bangunannya tetapi pada semangat dan komitmen warganya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata sebagai wakil rakyat dan bekas pelajar sekolah ini, beliau berjanji akan terus membantu dan menyokong usaha pembangunan pendidikan di kawasan ini termasuklah prasarana dan program peningkatan kualiti sekolah di Saratok, termasuk di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahasa Malaysia Saratok. 

“Sejak tahun 2021, beberapa buah projek di bawah peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) telah dilaksanakan, sama ada projek bina baharu, baik pulih dan menaik taraf prasarana dan infrastruktur di SMK Bahasa Malaysia Saratok termasuk pembekalan dan pemasangan penghawa dingin di dewan ini.

“Insya-Allah saya akan terus sedaya-upaya yang mampu akan terus membantu dan menyumbang ke arah pembangunan dan kemajuan sekolah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Bahasa Malaysia Saratok yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohamad Razi Sitam dekat sini hari ini.

MOHAMAD Duri dan Datuk Mohamad Razi Sitam pada Majlis Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Bahasa Malaysia Saratok hari ini. Foto ADUN Kalaka

Mohamad Duri berkata sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh dalam pelbagai bidang, daripada penjawat awam, ahli akademik, usahawan hingga ke pemimpin masyarakat. 

“Marilah kita terus menyemai semangat kecemerlangan agar SMK Bahasa Malaysia Saratok terus unggul di persada pendidikan negeri dan negara.

“Kepada para pelajar hari ini, ingatlah bahawa anda mewarisi legasi yang gemilang. Teruslah menuntut ilmu dengan semangat dan disiplin. Jadikan 50 tahun ini sebagai inspirasi untuk mencipta kejayaan lebih cemerlang di masa depan,” ujarnya.

Untuk rekod, SMK Bahasa Malaysia Saratok telah dirasmikan pada tahun 1975, sebelum itu ia dibuka bermula tahun 1975 dimana pada tahun itu menumpang di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Abdul Rahman Saratok.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, Pengetua SMK Bahasa Malaysia Saratok, Supian Ekeram, Pemanca Lim Guan Ann dan alumni serta pelajar SMK Bahasa Malaysia Saratok.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: UPMS pemangkin pembangunan pertanian di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.