Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SMG 2026 himpunkan komuniti permotoran serantau
  • Tengah
  • WILAYAH

SMG 2026 himpunkan komuniti permotoran serantau

Utusan Sarawak 6 hours ago
AHLI Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir. Yusuf Abd Wahab menerima cenderamata daripada Mohd ShahrieI Hassim.

SARIKEI: Penganjuran julung kali Perhimpunan Permotoran Sarikei (SMG) 2026 berjaya menghimpunkan komuniti permotoran dari pelbagai kawasan termasuk Sabah, Brunei Darussalam dan Indonesia dalam suasana penuh semangat persaudaraan, kata Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir. Yusuf Abd Wahab.

Katanya, deretan motosikal di SMG 2026 bukan sekadar besi dan enjin, tetapi simbol minat yang mendalam dan simbol penyatuan komuniti tanpa mengira latar belakang.

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur, khususnya saudara Mohd ShahrieI Hassim dan saudara Nur Hafiz Abdullah, atas usaha menganjurkan program yang menghimpunkan komuniti permotoran serta masyarakat setempat.

“Bukan mudah untuk menganjurkan program yang berjaya menghimpun sebegini banyak bikers dan riders dari serata tempat dalam satu masa.

ANTARA motosikal berkuasa tinggi yang berada di tapak Uptown Taman Selera, Kampung Seberang Sarikei, malam tadi.

“Saya difahamkan penyertaan pertama kali di bandar Sarikei ini disertai juga oleh bikers dari Sabah serta Brunei Darussalam dan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Perhimpunan Permotoran Sarikei (SMG) 2026 yang diadakan di tapak Uptown Taman Selera, Kampung Seberang Sarikei, malam tadi.

Program tersebut berlangsung selama dua hari dan akan melabuhkan tirai pada petang ini.

Tambahnya, penganjuran SMG bukan sekadar pertemuan peminat motosikal, malah menjadi platform penting dalam memupuk semangat persaudaraan serta mempromosikan aktiviti sihat dalam kalangan masyarakat.

ORANG ramai hadir menyaksikan perasmian SMG 2026 pada malam tadi.

“SMG ini bukan sekadar himpunan peminat motosikal, tetapi menjadi platform yang menyatukan komuniti, memupuk semangat persaudaraan, serta mempromosikan aktiviti yang sihat dan positif.

“Kehadiran rakan-rakan bikers semua membuktikan bahawa komuniti permotoran kita adalah komuniti yang solid dan sentiasa menyokong antara satu sama lain.

“Inilah masanya untuk kita bertukar pendapat, berkongsi ilmu teknikal, dan mengukuhkan ukhuwah,” katanya.

Katanya, program ini berpotensi memperkenalkan Sarikei sebagai destinasi pelancongan komuniti yang mampu menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan komuniti pemotoran agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika menunggang di jalan raya.

“Sambil kita berhibur dan menikmati hobi ini, saya ingin menitipkan dua pesanan penting iaitu keselamatan adalah keutamaan.

“Tiada guna jentera hebat jika penunggangnya tidak mementingkan keselamatan.

“Pastikan kelengkapan perlindungan sentiasa dipakai dan patuhi undang-undang jalan raya. Biar lambat sampai ke destinasi, asalkan kita semua pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, katanya, undang-undang jalan raya yang ditetapkan pihak berkuasa perlu dihormati kerana ia diwujudkan bagi melindungi keselamatan semua pengguna jalan raya.

“Undang-undang ini diwujudkan bukan untuk menyusahkan, tetapi untuk melindungi keselamatan kita semua.

“Marilah kita buktikan kepada masyarakat bahawa pemotoran bukan tentang lumba haram atau gangguan bunyi.

“Kita adalah komuniti yang berdisiplin, prihatin, dan berjiwa murni menerusi aktiviti-aktiviti amal sebegini,” katanya.

Yusuf turut memaklumkan bahawa terdapat kemungkinan besar SMG akan diteruskan dengan penganjuran siri kedua pada tahun hadapan berikutan sambutan menggalakkan daripada komuniti pemotoran.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Penduduk rumah panjang digalak bekerjasama dengan polis tangani ancaman jenayah
Next: Pelantikan Ketua Kampung Lepo K perkukuh pentadbiran komuniti di Long Banga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.