Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SMeC 2025 fokus AI bentuk masa depan media, kewartawanan
  • SEMASA

SMeC 2025 fokus AI bentuk masa depan media, kewartawanan

Utusan Sarawak 10 hours ago
TIMBALAN Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol pada sidang media penganjuran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) peringkat Sarawak dan Persidangan Media Sarawak 2025 di Bilik Mesyuarat UKAS, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2025 bakal menampilkan agenda utama berkaitan kecerdasan buatan (AI) dalam usaha memahami pengaruh teknologi tersebut terhadap landskap kewartawanan dan media masa kini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata persidangan itu selari dengan sambutan Hari Wartawan Nasional dan akan membincangkan bagaimana AI mencorak masa depan dunia kewartawanan.

“Persidangan ini akan dihadiri lebih 700 delegasi dan menampilkan barisan penceramah dari kalangan pakar tempatan serta antarabangsa yang akan berkongsi pandangan serta pengetahuan berkaitan perkembangan teknologi dalam industri media,” katanya.

Beliau berkata demikian sidang media penganjuran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) peringkat Sarawak dan Persidangan Media Sarawak 2025 di Bilik Mesyuarat Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), hari ini.

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa SMeC 2025 akan memberi penghargaan menerusi Anugerah Apresiasi Khas Premier Sarawak kepada 10 individu yang cemerlang dalam pelbagai kategori media termasuk editor, wartawan, pembaca berita, pengacara radio (DJ), jurugambar serta tokoh khas.

“Seperti tahun lepas, mereka ini akan menerima sijil penghargaan, plak dan cek kewangan yang jumlahnya akan diumumkan pada malam penganugerahan tersebut,” ujarnya.

Kerajaan Sarawak melalui UKAS dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak akan menganjurkan edisi kedua SMeC pada 2 hingga 3 Julai 2025 di Hotel Sheraton, Kuching dengan tema Artificial Intellegence (AI): Shaping the Future of Media and Journalism, SMeC25.

Sepanjang dua hari persidangan itu, pameran juga akan diadakan melibatkan UKAS, AZAM, Pusat AI Sarawak (SAIC), Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Affin bank.

Barisan penceramah antarabangsa yang dijangka hadir pula ialah Shelly Bryant (Singapura/Amerika Syarikat), pakar strategi naratif rentas budaya dan komunikasi korporat global yang telah membimbing pemimpin multinasional dalam membina naratif sensitif konteks dan berimpak tinggi.

Selain itu, turut dijadual hadir Naib Presiden Kanan Komunikasi Korporat Indosat Ooredoo Hutchison, Steve Saerang dan Ketua Komunikasi Belia Perhimpunan Hubungan Masyarakat Indonesia (Perhumas), yang berpengalaman luas dalam forum komunikasi serantau dan antarabangsa, dengan kepakaran dalam pengurusan krisis dan integriti maklumat.

Seorang lagi tokoh penting ialah Ketua Pegawai Eksekutif AI Visionary Society, Soh Wan Wei dari Singapura yang telah menyampaikan lebih 100 ucaptama antarabangsa dan dikenali kerana meneroka hubungan antara AI, metaverse dan kewartawanan digital masa depan.

Dari dalam negara, SMEC25 menampilkan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman yang memainkan peranan penting dalam transformasi berita nasional melalui Astro Awani dan TVS.

Seterusnya, Dr Jun-E Tan dari Khazanah Research Institute, penulis utama laporan dasar “AI Governance in Malaysia” yang menekankan keperluan keadilan teknologi dan hak asasi dan Dr Patrick, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Artificial Intelligence Centre (SAIC) yang mengetuai inisiatif penyelidikan dan pemindahan teknologi AI di Sarawak dengan matlamat menjadikan negeri ini perintis AI berteraskan nilai.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: TIC Bintulu berpotensi sumbang RM12 bilion kepada KDNK – PM Anwar
Next: Sarawak sasar capaian menyeluruh bekalan air menjelang 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.