Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SMA sesuaikan strategi, kukuh daya saing pengeluar
  • TEMPATAN

SMA sesuaikan strategi, kukuh daya saing pengeluar

Utusan Sarawak 1 day ago
SUNDROP Fruit Sdn Bhd (Green Spot) menerima Anugerah Kesetiaan SMA bagi menghargai peranan penting mereka selama enam dekad.

KUCHING: Persatuan Pengilang Sarawak (SMA) terus menyesuaikan strategi bagi menghadapi cabaran global yang semakin kompleks bagi memastikan pengeluar tempatan kekal berdaya saing, menurut Presidennya, Peter Chai Mui Seng.

Beliau berkata, dalam dua tahun kebelakangan ini, SMA telah aktif melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti Bazar Makanan PIBAKAT, menandatangani Memorandum Persefahaman dengan institusi pendidikan seperti Swinburne University of Technology dan Politeknik Kuching, serta terlibat dengan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan untuk memastikan pengeluar sentiasa selari dengan dasar dan peluang ekonomi negeri.

“Dunia berubah dengan pantas. Untuk menghadapi ketidaktentuan global, pengeluar perlu bekerja keras pada perkara yang boleh diubah dan memantau dengan teliti perkara yang tidak boleh diubah.

“Cabaran Volatiliti, Ambiguiti, Kompleksiti dan Ketidaktentuan (VACU) kini menjadi isu utama yang memerlukan strategi tersendiri,” katanya.

KAYUSAR Sdn Bhd (Lee Hoi Kim Furniture) menerima penghargaan SMA atas peranan dan komitmen mereka dalam industri tempatan selama setengah abad.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Makan Malam Anugerah Persatuan Pengilang Sarawak (SMA) 2025, di sini malam tadi.

SMA juga telah terlibat dalam pelbagai misi perdagangan antarabangsa termasuk ke Kalimantan, Singapura dan Brunei, serta menyertai pameran dan ekspo seperti Ekspo Makanan Antarabangsa Sabah 2024 & 2025, Ekspo Sinopack 2025 di Guangzhou dan Ekspo Mega Sarawak 2025 di Singapura.

Menurut Chai, pameran ini membuka peluang perniagaan baharu dan membantu pengeluar tempatan memasarkan produk mereka di peringkat antarabangsa.

Beliau menegaskan bahawa strategi SMA yang proaktif ini penting untuk memastikan pengeluar Sarawak bukan sahaja bertahan, tetapi juga berkembang dalam landskap ekonomi global yang tidak menentu.

Pada majlis sama, SMA mengiktiraf kesetiaan dan sumbangan cemerlang syarikat serta individu dalam industri pembuatan Sarawak, termasuk penerima Anugerah Kesetiaan bagi 50 dan 60 tahun keahlian, Anugerah Bekas Presiden, Anugerah Ahli Majlis Cemerlang, serta kategori usahawan dengan Anugerah Usahawan Muda, Usahawan Wanita dan Usahawan SMA, yang mengiktiraf pencapaian mereka dalam memacu pertumbuhan industri tempatan.

Oleh Amanda L & Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Dasar strategik pacu sektor pembuatan ke tahap baharu
Next: Perpaduan teras kejayaan masyarakat 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.