Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SMA giat promosi pelaksanaan digital
  • TEMPATAN

SMA giat promosi pelaksanaan digital

Utusan Sarawak 5 years ago
PROGRAM… (Dari kiri,) Penolong Pegawai SMA, Hafeez Rosland, Faizal Ibrahim (Pegawai Tadbir SMA), Hakim Junaidi (Pegawai Komunikasi AZAM Sarawak) bersama Juruhebah Sarawak FM yang bertugas, Azman Johari sempena Sembang Digital Normal Baharu.

KUCHING: Wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara telah menangguhkan aktiviti sosial seharian masyarakat, perubahan kehidupan dengan mengamalkan norma baharu termasuk melibatkan diri dengan aktiviti digital yang sinonim dengan cara hidup masyarakat hari ini.

Justeru, Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) giat mengambil langkah untuk pelaksanaan digital Sarawak sebagai tanda peralihan sistem kerajaan konvensional yang bertukar ke arah digital. 

Pegawai Tadbir SMA, Faizal Ibrahim berkata, Sarawak ID adalah inisiatif ‘identiti digital’ Kerajaan Sarawak dalam menyelaraskan akses oleh rakyat kepada servis yang ditawarkan oleh agensi Kerajaan Negeri.

Beliau turut menjelaskan aplikasi ini menerima seramai 585,688 pengguna yang berdaftar melalui Sarawak ID di Sarawak.

“Sarawak ID juga mempunyai pelbagai perkhidmatan awam boleh diakses melalui yang lebih dikenali sebagai Single Sign On (SSO) antaranya adalah Government to Community (G-C) Services, Government to Business (G-B) Services dan Government to Government (G-G) Services.

“Identiti Digital ini juga dapat mengakses pelbagai perkhidmatan awam melalui satu platform, memudahkan urusan, menjimatkan masa dan tenaga serta selamat digunakan,” katanya semasa rancangan Sembang Digital Normal Baru, semalam.

Tambah Faizal, peningkatan keperluan digital dan perkhidmatan kerajaan dapat dilihat seiring dan saling melengkapi. 

“Kerajaan turut menyalurkan bantuan, seperti Bantuan Khas Sarawakku Sayang yang mana bantuan disalurkan melalui inisiatif e-wallet kerajaan, Sarawak Pay”, tambahnya.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, jumlah pengguna yang berdaftar dengan Sarawak ID adalah sebanyak 191,846 orang dan mencatatkan peratusan peningkatan 33 peratus sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Continue Reading

Previous: SEDC teliti penggunaan ABMS
Next: UNIFOR anjur sesi sembahyang khas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.