Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SM Wong Nai Siong raikan 58 tahun penubuhan dengan semangat komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

SM Wong Nai Siong raikan 58 tahun penubuhan dengan semangat komuniti

Utusan Sarawak 1 day ago
 UNTUK KENANGAN…Lau (lima kiri), Hieng Wuong (lima kanan), Lu (dua kiri) merakam kenangan bersama lembaga pengarah dan guru SM Wong Nai Siong pada Majlis Jamuan Penghargaan sempena sambutan ulang tahun ke-58 sekolah itu, malam tadi.

SIBU: Sambutan Ulang Tahun Sekolah Menengah (SM) Wong Nai Siong kini menjadi tradisi tahunan sekolah itu sejak ulang tahun ke-50, kecuali dua tahun ketika pandemik apabila penganjurannya terpaksa dihentikan.

Pengerusi Lembaga Pengarah sekolah, Temenggong Dato Vincent Lau Lee Ming berkata, walaupun pada awalnya penganjuran sambutan tersebut merupakan cabaran besar, namun berkat kerjasama antara lembaga pengarah, pengetua dan para guru, setiap tahun ia berjaya dilaksanakan dengan cemerlang.

“Pada mulanya sambutan diadakan di hotel, namun kini kami memilih untuk menganjurkannya di sekolah dalam bentuk jamuan tengah hari.

“Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat berkunjung ke SM Wong Nai Siong serta merapatkan hubungan antara sekolah dan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Penghargaan sempena ulang tahun ke-58 sekolah itu malam tadi.

Katanya, sambutan ulang tahun turut memainkan peranan penting sebagai usaha mengutip dana tahunan bagi menyokong operasi sekolah.

“Ulang tahun sekolah merupakan salah satu sumber pendapatan utama sekolah. Kami amat menghargai sokongan berterusan daripada masyarakat dan ahli lembaga pengarah yang sentiasa membantu dalam usaha mengumpul dana,” ujarnya.

Lau turut memuji penglibatan aktif pihak sekolah dalam penganjuran kali ini, termasuk pengetua, guru dan pelajar yang mengambil bahagian secara langsung dalam pelbagai tugasan.

“Sebagai contoh, tugas pengacara majlis dikendalikan oleh pelajar bersama guru, manakala rakaman video pula diuruskan sepenuhnya oleh pelajar. Walaupun hasilnya sederhana, usaha mereka amat baik dan wajar diberi galakan,” katanya.

Tambahnya, peranan aktif pihak sekolah dalam penganjuran tersebut turut meringankan beban lembaga pengarah.

Beliau yakin dengan kepimpinan pengetua serta kerjasama warga sekolah, sambutan pada masa akan datang akan terus berjalan lancar.

Lau turut merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa penganjur atas dedikasi mereka yang berjaya menyempurnakan persiapan dalam tempoh dua bulan, menjadikan sambutan ulang tahun ke-58 itu satu acara yang bermakna dan berjaya.

Turut hadir, pengerusi penganjur sambutan ulang tahun ke-58 penubuhan SM Wong Nai Siong, Penghulu Lau Hieng Wuong dan Pengetua SM Wong Nai Siong, Lu Yew Hiing.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Ibubapa benteng elak anak terjebak masalah sosial
Next: Lawatan tapak projek RTP naik taraf jalan akses Kampung Entawa Ili

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.