Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Slot tuntut peningkatan Liverpool selepas tiga kekalahan berturut-turut
  • SUKAN

Slot tuntut peningkatan Liverpool selepas tiga kekalahan berturut-turut

Utusan Sarawak 2 days ago

Arne Slot berusaha menamatkan rentetan tiga kekalahan Liverpool - AFP

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Arne Slot berkata “keputusan tidak menipu” selepas pasukannya tewas tiga kali berturut-turut, sambil menggesa peningkatan dalam aspek pertahanan menjelang perlawanan menentang Manchester United di Anfield pada Ahad ini.

Juara Liga Perdana itu memulakan musim dengan tujuh kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan, namun prestasi hambar mereka terselindung di sebalik beberapa gol lewat permainan.

Liverpool mengalami kekalahan kepada Crystal Palace, Galatasaray dalam Liga Juara-Juara dan Chelsea sebelum rehat antarabangsa, menyebabkan mereka ketinggalan satu mata di belakang pencabar utama kejuaraan, Arsenal.

Selepas menjuarai liga musim lalu, Liverpool berbelanja hampir £450 juta (AS$604 juta) untuk mendapatkan pemain baharu, termasuk membayar yuran rekod kelab bagi Alexander Isak dan Florian Wirtz — namun kedua-duanya masih belum menjaringkan gol dalam Liga Perdana.

Di bahagian pertahanan pula, anak buah Slot telah melepaskan dua gol atau lebih dalam empat daripada tujuh perlawanan liga.

“Kami telah bermain 10 perlawanan, menang tujuh dan tewas tiga. Ketiga-tiga kekalahan itu dengan margin yang kecil,” kata Slot pada sidang media pra-perlawanan, Jumaat.

“Tetapi seperti yang saya selalu katakan, kami tidak sepatutnya bergantung pada margin sebegitu.

“Keputusan tidak menipu — jika anda kalah tiga kali berturut-turut, maka anda perlu beraksi dengan lebih baik. Kami sedar perkara itu dan kami perlu bertindak balas.”

Mohamed Salah 

Prestasi cemerlang Mohamed Salah musim lalu membantu Liverpool merangkul kejuaraan, namun penyerang Mesir berusia 33 tahun itu dilihat bergelut menyesuaikan diri dengan perubahan skuad selepas jendela perpindahan.

Slot turut menegaskan kekurangan detik-detik ajaib daripada barisan serangan berbintang serta kelemahan pada situasi bola mati.

“Kami tidak mencipta sebanyak peluang seperti musim lalu dan itu ada sebabnya — gaya permainan lawan, dan kami perlu mencari jawapannya,” katanya.

“Jawapan pertama ialah jangan bolos terlalu banyak gol. Jika pasukan lawan menjaringkan satu atau dua gol, kami perlu menjaringkan tiga.

“Pada separuh pertama musim lalu, kami banyak menjaringkan gol melalui detik istimewa daripada salah seorang daripada tiga penyerang kami. Separuh kedua musim lalu, kami bergantung kepada bola mati ketika menentang pasukan bertahan rapat.

“Musim ini, kami tidak memiliki detik istimewa itu dan kami juga gagal menjaringkan gol daripada bola mati.

“Jelas sekali, melepaskan empat gol hasil situasi bola mati terlalu banyak bagi pasukan yang mahu bersaing untuk kejuaraan.”

Penjaga gol Alisson Becker masih diketepikan akibat kecederaan hamstring, namun ada berita baik buat Liverpool apabila Ryan Gravenberch disahkan cergas untuk menentang United walaupun mengalami kecederaan ketika bersama skuad Belanda dalam rehat antarabangsa. – AFP

Continue Reading

Previous: Tang Jie-Ee Wei tempah slot separuh akhir Terbuka Denmark
Next: ‘Set piece’ jadi masalah utama Liverpool, mahu bangkit bertemu United esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.