Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Slot lega Mac Allister kembali ke prestasi terbaik
  • SUKAN

Slot lega Mac Allister kembali ke prestasi terbaik

Utusan Sarawak 2 hours ago

Alexis Mac Allister menyelamatkan Liverpool dengan gol kemenangan lewat ketika menentang Nottingham Forest. Foto AFP

NOTTINGHAM (UK): Pengurus Liverpool, Arne Slot percaya Alexis Mac Allister kini kembali menemui prestasi terbaiknya selepas pemain tengah menyerang itu menjaringkan gol kemenangan pada saat-saat akhir ketika menentang Nottingham Forest.

Mac Allister meledak gol jauh di masa kecederaan di Stadium City Ground awal pagi tadi untuk menghadiahkan kemenangan 1-0 buat juara Liga Perdana itu.

Pemain antarabangsa Argentina berkenaan memastikan tiga mata milik pasukannya apabila menyambar bola muntah dari jarak dekat, hanya beberapa minit selepas satu lagi jaringannya dibatalkan oleh VAR.

“Saya fikir apa yang dia perlukan adalah seperti yang ditunjukkannya dalam enam, tujuh atau lapan perlawanan terakhir — rentetan aksi yang membolehkannya kembali ke tahap biasa seperti yang sering dipamerkannya musim lalu,” kata Slot.

“Dia juga berada pada tahap itu pada separuh pertama musim ini, tetapi prestasinya sedikit turun naik, sama seperti prestasi pasukan yang ada naik dan turunnya.

“Namun kebelakangan ini saya lihat lebih konsisten — bukan sahaja daripada Macca tetapi juga persembahan pasukan dan ramai pemain lain secara individu.

“Tetapi saya fikir sentiasa bagus untuk seseorang pemain menjaringkan gol, terutama jika ia hadir pada masa tambahan di penghujung permainan.”

Pengendali dari Belanda itu, yang menyaksikan pasukannya kini berada di luar kelompok tempat Liga Juara-Juara hanya berdasarkan perbezaan jaringan selepas beberapa keputusan hambar, menambah:

“Kami perlukan gol ini, kami perlukan kemenangan itu untuk sekali-sekala berada di pihak yang bernasib baik kerana musim ini kami terlalu, terlalu tidak bernasib baik.

“Dan buat pertama kali — sekurang-kurangnya itulah yang saya rasakan — kami sedikit bernasib baik musim ini. – AFP

Continue Reading

Previous: Kejohanan Bola Tampar Alumni CHMS1 eratkan silaturahim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.