Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Slot ketepikan Salah ke Milan
  • SUKAN

Slot ketepikan Salah ke Milan

Utusan Sarawak 5 hours ago

LONDON: Drama di Anfield terus panas! Mohamed Salah digugurkan daripada skuad Liverpool untuk aksi Liga Juara-Juara menentang Inter Milan awal pagi esok selepas bintang Mesir itu ‘meletup’ mengkritik layanan pengurus, Arne Slot.

Walaupun sempat dilihat tersenyum ketika latihan pagi Isnin, nama Salah langsung tidak tersenarai dalam skuad ke Milan.

Segalanya memuncak selepas Salah mendakwa dirinya telah “dilontar ke bawah bas” dan hubungan dengan Slot kini “tiada langsung” selepas diketepikan tiga perlawanan berturut-turut.

“Tiba-tiba kami tak ada hubungan. Rasa macam ada orang tak nak saya di kelab,” katanya lantang.

Tiada tindakan disiplin rasmi diambil, tetapi keputusan ‘merehatkan’ Salah dikatakan terbaik demi mereda ketegangan. 

Namun, langkah itu membuatkan spekulasi perpindahan Januari semakin hangat, terutama dengan minat kelab Liga Pro Saudi.

Salah, 33, yang sudah menjaringkan 250 gol untuk Liverpool sejak 2017, kini berdepan musim paling hambar — cuma empat gol dalam 13 aksi liga. 

Prestasi merosot itu menyumbang kepada kedudukan Liverpool yang kini jatuh ke tangga kesembilan.

Ini bukan kali pertama dia digugurkan musim ini selepas tersisih dalam aksi UCL menentang Galatasaray dan Eintracht Frankfurt.

Salah kali terakhir turun sebagai kesebelasan utama ketika tewas 4-1 kepada PSV Eindhoven pada 26 November — dan belum menjaringkan gol sejak awal bulan yang sama.

Keputusan menggugurkannya turut memeningkan Slot yang kehilangan beberapa tonggak lain termasuk Gakpo, Chiesa dan Endo, memaksa beliau membawa hanya 19 pemain ke Milan.

Slot dan penjaga gol Alisson akan hadir sidang media di San Siro menjelang aksi getir menentang Inter. – AFP

Continue Reading

Previous: United kembali di landasan betul – Amorim
Next: Khai Xing-Aaron enggan dibuai kejayaan raih dua gelaran berturut-turut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.