Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Slot: Ekitike tuai hasil peningkatan fizikal
  • SUKAN

Slot: Ekitike tuai hasil peningkatan fizikal

Utusan Sarawak 8 hours ago
PENYERANG Liverpool, Hugo Ekitike bersama Arne Slot selepas kemenangan 5-1 ke atas Eintracht Frankfurt dalam saingan Liga Juara-Juara. Foto AFP

LONDON: Pengurus Liverpool, Arne Slot percaya peningkatan prestasi Hugo Ekitike yang menjaringkan lima gol dalam empat perlawanan kebelakangan ini adalah hasil peningkatan tahap kecergasan pemain itu.

Penyerang berusia 23 tahun itu menjaringkan gol dalam tiga penampilan awalnya selepas menyertai Liverpool dari Eintracht Frankfurt, namun pencapaiannya sedikit tenggelam susulan kehadiran penyerang mahal, Alexander Isak, yang dibeli dengan nilai £125 juta (RM169 juta).

Ekitike kemudian hanya menjaringkan tiga gol dalam 17 perlawanan seterusnya ketika Isak bergelut menyesuaikan diri dengan intensiti Liga Perdana Inggeris.

Namun, dengan Isak kini terpaksa berehat panjang akibat kecederaan dan Mohamed Salah pula menyertai Piala Negara-Negara Afrika, Liverpool kini bergantung kepada Ekitike untuk mengetuai jentera serangan.

Slot berkata kemajuan Ekitike banyak dipacu oleh tahap kecergasan fizikalnya yang semakin baik, walaupun pemain itu pada awalnya perlu diyakinkan mengenai kepentingan aspek tersebut.

“Dia bekerja keras untuk mencapai tahap kecergasan seperti sekarang. Kadangkala saya perlu meyakinkannya bahawa semua ini perlu untuk menjadikannya lebih kuat,” kata Slot menjelang perlawanan menentang Wolves.

“Dia buat semuanya, walaupun tidak selalu dengan senyuman, tetapi dia benar-benar bekerja keras sama ada di dalam atau luar padang.”

Slot turut menjelaskan beliau sering menekankan kepentingan bertahan dengan baik kerana ia membantu peluang menjaringkan gol.

“Saya selalu beritahu, jika kita bertahan dengan baik ketika situasi bola mati, peluang untuk menjaringkan gol lebih tinggi. Jika terikat 0-0, lebih mudah menjaringkan gol berbanding ketika ketinggalan 1-0,” katanya.

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu kini mencatat enam perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan selepas melalui tempoh sukar dengan sembilan kekalahan daripada 12 perlawanan sebelum ini.

Liverpool kini berada di tangga kelima liga, namun masih ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Bagaimanapun, Slot menegaskan jurang prestasi sebenar tidak sebesar yang digambarkan.

“Perubahan utama ialah kami tidak lagi melepaskan terlalu banyak peluang seperti sebelum ini, kecuali separuh masa kedua menentang Brighton,” katanya.

“Kami juga sedikit bernasib baik kebelakangan ini. Dalam beberapa perlawanan sebelum ini, kami sebenarnya bermain lebih baik tetapi tetap tewas.

“Dalam dua perlawanan terakhir menentang Spurs dan Brighton, permainan lebih seimbang dan kami menang. Kadangkala kami kalah walaupun bermain lebih baik, tetapi kali ini keputusannya memihak kepada kami.” – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Hasrat Maghribi ke pusingan kalah mati tertangguh
Next: Datu Anif-Clarissa raih gelaran berganda di Bangladesh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.