Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Slot berang kesilapan ‘pelik’ Szoboszlai 
  • SUKAN

Slot berang kesilapan ‘pelik’ Szoboszlai 

Utusan Sarawak 8 hours ago

Dominik Szoboszlai menjaringkan gol namun turut melakukan kesilapan besar dalam kemenangan Liverpool ke atas Barnsley. Foto AFP

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Arne Slot, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kesilapan ‘pelik’ Dominik Szoboszlai walaupun pemain tengah itu turut menjaringkan gol cantik dalam kemenangan 4-1 ke atas Barnsley pada pusingan ketiga Piala FA di Anfield awal pagi tadi.

Pemain antarabangsa Hungary itu membuka jaringan Liverpool menerusi rembatan padu dari jarak jauh ke penjuru atas gawang sebelum Jeremie Frimpong menggandakan kelebihan tuan rumah.

Namun, Szoboszlai kemudian mencetuskan detik mencemaskan apabila cuba melakukan hantaran tumit di dalam kotak penalti sendiri, tetapi gagal dan menghadiahkan peluang mudah kepada Adam Phillips untuk menjaringkan gol buat Barnsley.

Pengendali Barnsley, Conor Hourihane, menyifatkan tindakan Szoboszlai itu sebagai tidak menghormati lawan dan mendakwa pemain berkenaan tidak akan mencuba aksi sedemikian dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Slot juga tidak berselindung dengan kekecewaannya terhadap pemain yang dianggap tonggak utama Liverpool musim ini.

“Saya rasa anda tidak sepatutnya melakukan perkara seperti itu dalam perlawanan Piala FA, Piala Liga, perlawanan persahabatan atau sesi latihan sekali pun. Ia satu pilihan yang pelik,” kata Slot.

“Saya ada pandangan sendiri mengenainya, tetapi lebih baik saya simpan dan berbincang secara peribadi dengan Dom.”

Hourihane turut berang apabila pasukannya tidak diberikan sepakan penalti pada pertengahan babak kedua selepas Reyes Cleary dijatuhkan oleh Szoboszlai.

Slot terpaksa memasukkan beberapa pemain utama selepas sejam permainan apabila Florian Wirtz, Hugo Ekitike, Ibrahima Konate dan Ryan Gravenberch diturunkan dari bangku simpanan.

Liverpool bergelut untuk menambah jaringan sebelum dua pemain gantian utama itu bergandingan cemerlang pada minit-minit akhir perlawanan.

Ekitike melakukan sentuhan bijak untuk membantu Wirtz, yang melepaskan rembatan lencong ke penjuru atas gawang bagi gol ketiganya dalam lima perlawanan sejak membuka akaun jaringan bersama The Reds.

Peranan kedua-duanya bertukar pada masa kecederaan apabila Wirtz membuat hantaran lintang untuk Ekitike menyempurnakan gol keempat.

“Kami menjaringkan gol-gol menarik, tetapi terlalu lama perlawanan itu kekal sengit,” tambah Slot.

“Mendahului 2-0 kemudian menghadiahkan gol seperti itu menyukarkan keadaan sehingga 10 minit terakhir.”

Liverpool kini akan melayan kunjungan Brighton, yang menyingkirkan Manchester United, pada pusingan keempat Piala FA. – AFP

Continue Reading

Previous: Liverpool benam Barnsley 4-1, mara ke pusingan keempat Piala FA
Next: Peminat bola sepak Scotland dipenjara, baling kerusi hingga cederakan pemain pasukan sendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.