Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • SLFC dinobatkan juara pada Kejohanan Bola Sepak Piala Gawai Raya
  • SUKAN

SLFC dinobatkan juara pada Kejohanan Bola Sepak Piala Gawai Raya

Utusan Sarawak 12 hours ago
DAYANG Noorazah menyampaikan hadiah kejuaraan kepada ketua pasukan SLFC dari Kampung Sebangan. -Foto Adi Safarman

MALUDAM: Skuad SLFC dari Kampung Sebangan dinobat sebagai juara pada Kejohanan Bola Sepak Piala Gawai Raya Kampung Maludam 2025 dalam aksi perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Bola Sepak Kampung Maludam, petang semalam. 

Dalam perlawanan akhir itu, skuad SLFC berjaya menewaskan pasukan R’Ope FC dari Debak dengan jaringan 3-1. Ketiga-tiga gol pasukan SLFC telah dijaringkan oleh Husaini pada minit ke-22, Farhan Aiman minit ke-70 dan Mohd Alauddin Farid minit ke-72, manakala gol pasukan R’Ope FC telah dijaringkan oleh Larry pada minit ke-20.

Dengan kejuaraan itu, skuad SLFC Sebangan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 berserta piala dan pingat, manakala pasukan R’Ope FC yang muncul naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala dan pingat.

Sementara itu, pasukan MVSFC dari Maludam dan Kustom FC dari Tebelu berada di tempat ketiga bersama apabila mereka masing-masing tewas pada aksi separuh akhir dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500, piala dan pingat.

Kesemua hadiah pemenang telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.

“Syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding dan diharapkan kepada yang kurang bernasib baik dapat berusaha dengan lebih gigih lagi untuk meraih kemenangan pada masa akan datang.

“Kejayaan akan datang sekiranya kita berusaha dengan lebih gigih. Oleh itu, teruskan berusaha dalam apa saja bidang sama ada dalam sukan mahupun bidang yang lain,” kata Dayang Noorazah.

Kejohanan Bola Sepak Piala Gawai Raya Kampung Maludam 2025 anjuran bersama Pusat Khidmat N.28 Lingga dan P.201 Batang Lupar serta kerjasama Jawatankuasa Pembanggunan Belia Kawasan Maludam (JPBKM) yang berlangsung selama empat hari itu telah disertai sebanyak 14 buah pasukan.

Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.28 Lingga, Abdul Rahim Jamil.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Aliff Rakib tundukkan petarung Maghribi di Bangkok
Next: Kejohanan Badminton Sri Aman-Betong 2025 platform cungkil bakat muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.