Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SLFA disaran jalin kerjasama dengan Unimas perkukuh industri penternakan
  • TEMPATAN

SLFA disaran jalin kerjasama dengan Unimas perkukuh industri penternakan

Utusan Sarawak 18 hours ago
(SEPULUH dari kiri) Michael Tiang, Ngu Deing Hung, Tiong Su Kouk, Oscar Ling, Ling Chi Kiong dan yang lain merakam gambar kenangan.

SIBU: Persatuan Peladang Ternakan Sibu (SLFA) disaran menjalin kerjasama lebih erat dengan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) serta institusi penyelidikan lain bagi memperkukuh inovasi dan kelestarian industri penternakan di Sarawak.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang berkata langkah itu penting untuk memastikan industri penternakan ayam dan itik kekal berdaya tahan dalam menghadapi cabaran global termasuk perubahan iklim, kenaikan kos makanan ternakan dan ketidaktentuan pasaran antarabangsa.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita berdepan cabaran besar seperti perubahan iklim dan ketidakstabilan geopolitik, namun industri ini tetap berinovasi dengan memperkenalkan teknologi moden serta menitikberatkan aspek kelestarian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Makan Malam Perlantikan Jawatankuasa Eksekutif SLFA Penggal Ke-34 (2025-2026), baru-baru ini.

Beliau berkata, kerjasama dengan universiti juga dapat membantu mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan ternakan yang terdedah kepada turun naik harga di pasaran global.

Tambah beliau, cadangan konkrit daripada persatuan akan diberi perhatian kerajaan negeri kerana selaras dengan aspirasi Sarawak untuk mencapai Transformasi Pertanian Moden.

“Transformasi ini bukan sahaja meningkatkan produktiviti dan menjamin keselamatan makanan, malah menyumbang kepada usaha kelestarian alam sekitar,” ujarnya.

Tiang turut yakin Sarawak berpotensi menjadi pengeluar dan pengeksport utama makanan ternakan negara sekiranya kerjasama erat dapat dijalinkan antara kerajaan, industri dan institusi penyelidikan.

Beliau menegaskan, industri penternakan bukan hanya berkait dengan angka ekonomi semata-mata, tetapi turut menjamin bekalan makanan asas yang stabil dan mampu milik untuk rakyat.

“Setiap hari, kita menikmati ayam, itik dan telur segar yang murah serta berkualiti hasil usaha gigih penternak kita. Industri ini bukan sahaja menyara ribuan keluarga tetapi juga mengekalkan tradisi makanan yang dekat dengan masyarakat Sibu,” katanya.

Pada majlis itu, Ngu Deing Hung dipilih sebagai Pengerusi SLFA yang baharu bagi Penggal Ke-34, menggantikan Ling Chi Kiong.

Turut hadir Penasihat Kehormat SLFA Tan Sri Datuk Tiong Su Kouk, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling serta barisan kepimpinan persatuan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dasar menyeluruh diperlukan bagi tangani krisis kesihatan mental
Next: Jalan Kong Yit Khim ditutup separuh laluan hingga November

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.